Tuesday, March 1, 2011

Sekolah satu sesi sesuai dengan negara - Muhyiddin

TEMERLOH 1 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Walaupun baik, tapi untuk mencapai sasaran itu ianya melibatkan pelbagai perkara, infrastruktur, tenaga pengajar dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, hari ini.
Beliau berkatam objektif kerajaan ialah untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi supaya aktiviti kokurikulum dapat diadakan pada waktu petang. Bernama

0 comments: