Wednesday, January 26, 2011

Sekolahku Duniaku

Hari ini sudah hampir sebulan saya bertugas di sekolah baru, Alhamdulillah, sekolah yg seronok dan tiada tekanan, kecuali tekanan kewangan kerana kos minyak yg meningkat berkali ganda, bilakah kerajaan akan membuat semakan gaji semula..ahakkksss.... saat yg pasti ditunggu tunggu....





Hari ini seperti biasa dimulakan dgn kelas 5Arif, saya juga adalah guru kelas ini, kelas yg menarik, juga agak mencabar kerana pelajarnya yang agak aktif juga mempunyai kecerdasan perbagai..kadang2 soalan yg ditanya agak mencabar minda, kerana diluar dari silibus yg diberi, ada ketika saya akan melayan karenah mereka, cuba menjawab dgn sebaik yg mungkin, dan kadangkala saya terpaksa menghentikan soalan mereka kerana mengejar masa utk menghabiskan silibus.... kerana kelas ini adalah kelas pertama saya terpaksa bekerja keras bagi memastikan tiada pelajar yg gagal dalam mata pelajaran Sains, kerana saya mengajar subjek ini...

Antara soalan yg menarik yg pernah ditanya oleh pelajar.

1. Cikgu, bagaimana mikroorganisma bergerak?
Jawapan : Mikroorganisma bergerak dengan penyesuaian yg bersesuaian pada mereka, contohnya bakteria : bergerak dengan menggunakan flagella.

2. Cikgu, mikroorganisma warna apa?
Jawapan : ??? mencabar x soalan yg ditanya?jika anda berada ditempat saya,apakah jawapan yg akan anda berikan...


Subjek teras yg saya ajar ialah sains yg meliputi kelas 3P,4P,5A dan 6P. Manakala subjek bukan teras, KH bagi kelas 4P,5A dan 5P serta P.S.V bagi kelas 3P.


Cabaran yg hebat juga adalah untuk memastikan kelulusan @ kualiti iaitu kelulusan 100% bagi subjek Sains utk UPSR 2011... dengan jumlah calon UPSR seramai 37org,dan saya bertanggungjawab utk memastikan kelulusan 100% bagi kelas 6P..satu tugas yg amat berat, walaupun hanya seramai 15org pelajar...



Lupakan kisah UPSR,
Saya ingin kongsikan  kisah menarik yg berlaku....


Kisah satu : Saya sedang berjalan mengejar waktu untuk masuk ke kelas darjah 4P ditingkat paling atas, kemudian saya berselisih dgn pelajar tahun 2. Tiba2 saya dikejutkan dengan pertanyaan..
"cikgu , cikgu ajar tahun 2 tak?... Saya menjawab, saya x ajar tahun 2 kenapa?... Alaaaa, kenapa cikgu x ajar..sedih sungguh suara pelajar tersebut, saya terkasima sebentar dan rasa sedih... tapi itu bukan pilihan saya..cuma yg masih tertanya2 difikiran ini, kenapa pelajar tadi sedih saya x mengajarnya? sampai kini saya belum bertemu jawapannya..


Kisah dua: cerita kelakar, yg membuatkan saya ketawa sehingga kini..
Semasa perhimpunan, Guru bertugas sedang memberi tazkirah, tiba2 seorg pelajar tahun 1, bersuara dgn kuat, "cikgu nak kencinggg!!!... kemudian beliau ke tandas, selepas 3 minit, pelajar tersebut berlari keluar dgn menjerit..Hantuuuuuuu!!!!.... saya pandang dgn perasaan terkejut... rupanya2 mmg pelajar tersebut mendapat gelaran HERO dikalangan guru2 tahun 1, kerana kaletahnya yg x pernah diam... dan insiden tersebut juga membuatkan semua yg ada diperhimpunan ketawa.... alangkah indahnya saat dimana semua warga sekolah ketawa dan bergembira bersama2,..

oppsss kita sambung lagi nanti...

2 comments:

Selangor Mykids Soccer said...

best jer dgr dok mengajar di kampung..

Camar Senja said...

sronok sangat..tenang je rasanya