Saturday, January 29, 2011

Rahsia Hari Sabtu????

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu buat semua....

Hari minggu adalah hari yg ditunggu tunggu untuk semua, tak kira kakitangan awam atau kakitangan swasta....
Sabtu dan Ahad adalah hari yang digunakan untuk bersama keluarga... TAPI..kalau anda di Kedah,Kelantan & Terengganu, bukan Sabtu & Ahad, tetapi Jumaat & Sabtu..

Ok... Kita teruskan pada fokus utama kita..iaitu Rahsia Hari Sabtu..hahaha..ada rahsia ke? ahaksssss.. sebenarnya saya nak bercerita tentang cuti hari sabtu bagi kakitangan awam yang bergelar GURU...

Seperti kita tahu, Sabtu ialah hari bercuti, TETAPI golongan guru ialah antara yg tidak mendapat manfaat dari cuti hari Sabtu, kenapa?

Ini disebabkan kekangan waktu yg menyebabkan aktiviti terpaksa dibuat pada hari sabtu..kadangkala habis sebulan sabtu dilanggar(diarahkan kerja) oleh pihak pentadbir. Guru guru pula terpaksa mengikut, kerana tidak mahu di cop sebagai guru bermasalah dan tidak mahu markah prestasi menjadi rendah...
(***Tapi sekolah saya, kami mmg tak bekerja pada hari sabtu. terdapat sekolah yg tidak mengganggu hujung minggu guru guru, tahniah saya ucapkan / buat yg terpaksa rela...bersabarlah, itu semua tanggungjawab yg baik dan diberkati Allah kerana kita melaksanakan kerja pada hujung minggu..kalau tak mau juga, jommm pakat pindah sekolah... wakakaka )

Baiklah :

Surat pekeliling Pentadbiran 2005 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga surat makluman bertarikh 5 Disember 2005 Surat Ikhtisas Bil 8 tahun 2005, menyatakan bahawa SABTU minggu PERTAMA & KETIGA adalah hari cuti bagi semua pekerja di agensi awam dan swasta, manakala SABTU minggu KEDUA & KEEMPAT dibenarkan pihak agensi melaksanakan tugas mengikut keperluan....
* Saya pernah bertelagah tentang kerja pada hari sabtu ini dengan seorang GPK lama saya... tapi biasala, saya org bawah, beliau org atas..

Untuk makluman juga, KPM boleh mengambil tindakan jika pihak pengurusan sekolah ingkar pekeliling yang telah di keluarkan...

Cakap banyak tak guna... Jom kita baca Jawapan Unit Komunikasi Korporat KPM... yang disiarkan oleh Berita Harian...

Sila klik imej untuk membesarkannya..

0 comments: