Friday, December 30, 2011

Pencen dan Ganjaran

SOALAN :
Assalamualaikum,salam sejahtera.
Saya ingin bertanya mengenai persaraan awal.
1.  Jika saya memilih umur bersara paksa pada umur 60 tahun,tetapi  pada umur 56 tahun saya ingin bersara atas sebab sebab bukan kesihatan. Adakah saya akan menerima pencen dan ganjaran pada umur 56 atau hanya akan menerima pencen dan ganjaran semasa umur saya 60 tahun?.
2. Jika saya memilih kekal bersara pada umur 56, tetapi semasa umur 55 saya ingin bersara atas sebab bukan kesihatan, adakah saya menerima pencen dan ganjaran pada umur 55 atau hanya menerima pencen dan ganjaran  pada umur 56.
Sekian, terima kasih.

JAWAPAN JPA :

Waalaikumsalam WBT,
Untuk makluman tuan, dalam konteks persaraan pilihan, terdapat dua keadaan yang mana memberi kesan yang berbeza:
Bagi penjawat awam yang memilih umur ersaraan wajib 55, 56,58 atau 60 tahun:
1. Pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991
- Seseorang pegawai yang dilantik dalam tempoh tersebut boleh bersara pilihan dengan:
  a. Ganran persaraan serta GCR diterima pada tarikh persaraan pilihan tersebut
  b. Pencen bulanan bermula pada umur 50 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi perempuan.
2. Pegawai yang dilantik pada dan  selepas 12 April 1991
- Pegawai yang memohn bersara pilihan akan menerima ganjaran persaraan serta GCR pada tarikh persaraan pilihan tersebut manakala pencen bulanan akan bermula pada usia 55 tahun.
* opsyen umur persaraan paksa tidak memberi apa-apa kesan terhadap bilakah pencen bulanan sekiranya seseorang pegawai tersebut bersara pilihan..
Sekian, terima kasih.

(boleh copy bahan2 di blog saya ini dengan SYARAT , Kreditkan kepada blog ini, dengan menyertakan alamat blog)

0 comments: