Tuesday, February 15, 2011

Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Buat Hal?


LPT jadi medan lumba motosikal berkuasa besar

2011/02/15

SAYA adalah seorang daripada puluhan ribu pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) iaitu bermula dari Tol Gombak sehingga Tol Kuantan. 

Saya ingin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap biadap dan kurang rasa hormat kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melalui sepanjang lebuh raya berkenaan.
Ini kerana mereka menggunakan jalan ini sebagai tempat untuk berlumba sesama mereka.
Mereka menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama pengguna kereta. 

Saya melalui pengalaman hampir dilanggar oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sebanyak tiga kali. Ini kerana setiap kali mereka berada di belakang kenderaan lain, mereka akan mencelah di antara kenderaan terutama kereta. 

Sikap ini menyebabkan pemandu kereta akan terkejut dan boleh mengundang kemalangan. Boleh dikatakan pada setiap minggu berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal ini. Apa yang membimbangkan sikap mereka yang begitu angkuh semasa menunggang dan menggunakan laluan kanan sepanjang masa boleh mengundang padah kepada pengguna lain. 

Kegiatan mereka boleh dikesan pada setiap Sabtu dan Ahad. 
Mereka akan berlumba untuk cepat sampai dan kadangkala berulang alik dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh masa yang singkat saja. Mungkin mereka berasa puas jika dapat mengatasi rakan lain. 

Aktiviti yang dilakukan oleh mereka pada asalnya untuk bersantai dan melihat keindahan alam mungkin boleh menjejaskan keselamatan pengguna kenderaan lain. 

Diharap masalah ini dapat ditangani dengan segera. Diharap kami juga mendapat keadilan sewajarnya. 
PEMANDU KERETA BURUK, 
Bukit Tinggi, Bentong.



Sumber : Berita Harian 15/2/2011

Komen Saya : Pendapat saya pula berlainan, kenapa ianya terjadi kerana pemilik kenderaan @ kereta tidak pandai menghormati pengguna lain, kerana pengalaman saya sendiri semasa menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, saya dapati pemandu kereta tanpa memberi isyarat akan terus masuk ke lorong laju, tanpa mempedulikan saya yg sedang memecut di lorong kanan, yg membuatkan saya terpaksa mencelah di lorong kiri untuk mengelakkan dari melanggar kereta tersebut.. Ini banyak kali berlaku..dan satu lagi ialah, kenderaan lebar dan juga kereta memandu dengan perlahan membuatkan saya terpaksa mencelah kerana mereka langsung tidak memperdulikan pengguna lain yang berada di lorong kanan... Saya yang pernah menggunakan motrosikal dari 100cc hingga 1100 cc dan telah beribu2 KM berada diatas jalanraya sangat faham dgn sesetengah pemandu kereta ... mereka beranggapan mereka membayar TOL dan mereka ada hak atas lebuhraya.. Saya juga pemandu kereta dan saya tidak pernah marah dengan penunggang motorsikal yg memecut di lebuhraya, kerana saya faham dan saya akan sentiasa memberi ruang kepada mereka utk memotong, kerana saya faham kuasa dua roda mereka lebih bertenaga dari saya.. Apa salahnya berikan mereka laluan jika nampak penunggang motorsikal berkuasa tinggi berada di belakang, jangan berlagak kerana anda ada kereta dan anda terus berada di lorong kanan..bila mencelah anda marah, tapi anda x pernah hiraukan perasaan kenderaan lain dibelakang...



Honda GoldWing
Motor Idamanku...Inilah lagenda dunia permotoran..

0 comments: