Thursday, May 12, 2011

CEUPACS: timbang sekali lagi naik usia persaraan

CEUPACS: timbang sekali lagi naik usia persaraan

12/05/2011 6:58pm

KUALA TERENGGANU 12 Mei — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.
"Seperti negara maju yang lain, umur persaraan penjawat awam mereka antara 60 hingga 62 tahun dan kita hanya sembilan tahun lagi hendak mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Jadi wajarlah kerajaan mempertimbangkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada kesihatan pekerja berkenaan iaitu mestilah mempunyai penglihatan, pendengaran, pemikiran serta fizikal yang baik untuk dipertimbangkan dilanjutkan umur persaraan mereka. — Bernama

Sumber Utusan Malaysia

** Saya isi bersara umur 56 sahaja..hehe.. itu pun x tau lagi sempat x nak bersara umur tu...

0 comments: