This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, January 31, 2011

Satu Dua Tiga..menangis dalam dakapan...

Assalamualaikum, Salam sejahtera...

Apa kaitan tajuk dengan artikel..xde kaitan apa2..hehe.... 

Hari ni hujan jer dari jumaat tak henti2...Ada sekolah yg cuti, sebab dah berganti atau akan mengganti..jangan terlebih ganti cam satu sekolah tu dah la...hahaha...

Saya masih sekolah, hari ni dan esok, Rabu-Jumaat cuti...

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, kepada semua rakan2 kaum cina..walau apapun kaum kita, kita tetap satu bangsa , iaitu bangsa Malaysia..
Hormat pada sesiapa sahaja, walaupun berbeza agama dan kaum, maka akan aman lah negara kita...

Hari ni saya nak bercerita ttg pengalaman mengajar ... Saya semasa mula2 masuk ke dunia pendidikan adalah antara mereka yg agak tegas semasa mengajar, akibatnya ada murid yg berbirat, yg takut nak kesekolah..dan macam2 lagi... dan juga pernah merasa pergi memohon maaf secara peribadi akibat merotan pelajar, juga pernah diserang dengan ibu pelajar, dengan tuduhan yang pelbagai rupa... *setelah disiasat, rupanya tuduhan yg wujud hanya terjadi dlm mimpi pelajar terbabit..

Walauapapun, ianya telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman buat diri saya, yang juga mengingatkan saya tentang pelajar dan ibu bapa zaman sekarang tak sama dengan pelajar dan ibu bapa zaman dulu... 

Dah jauh melalut..sorry..saya sebenarnya teringatkan seorang pelajar yg agak istimewa semasa saya mengajar di SK Taman Cendana..Pelajar yg bernama Qhaizul.. saya mengajarnya semasa beliau darjah 2... Pada awal tahun, saya dapati beliau ni adalah pelajar yg pemalu dan pendiam... langsung tidak mahu bercakap.... tetapi selepas 4 bulan saya dapati beliau telah berubah sepenuhnya..dari seorang pelajar yg pemalu dan pendiam menjadi pelajar yg petah dan suka membantu dan bermain... Ada guru2 yg terkejut dgn perubahan tingkah laku beliau... 

Dari pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati, kebanyakan pelajar akan menjadi pasif jika mendapat guru yang terlalu garang dan selalu menghukum..dan pelajar tersebut akan menjadi aktif jika mendapat guru yang ada sifat kecindan *Humor...adakah saya mempunyai sifat humor?

hahaha.... Apapun saya cuma ingin bertanya, yang mana anda lebih suka..murid yang pendiam dan menyendiri atau murid yang sentiasa ceria dan ketawa semasa didalam kelas....

Diri saya : saya lebih sukakan suasana yang ceria semasa didalam kelas.... kalau terpaksa menjadi garang itu adalah lakonan sementara yg terpaksa dibuat untuk memastikan pelajar patuh pada peraturan dan melaksanakan tugasan dengan baik...

Elakkan dari menghukum pelajar... Anda mungkin akan mengatakan menghukum adalah cara terbaik, tapi beringatlah..jangan mengulangi kesilapan yg saya telah lakukan... 

Mesra dan sentiasalah ceria bersama pelajar..TAPI berpada2 lah..kita tak tahu..kadangkala kemesraan yang terlalu rapat juga akan menjadi racun kepada kita...

Sunday, January 30, 2011

1 Kad 1 Klik Semua Akses..wowwww

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Hari ni saya saja meninjau2 arkib berita..tiba2 saya terjumpa satu arkib yg agak menarik hati..alangkah baiknya jika dapat digunakan untuk semua sekolah..ianya akan memudahkan kita dalam melaksanakan tugas tugas tambahan (perkeranian) ...Pelajar yang berpindah pun senang utk mendapatkan maklumat peribadinya...

Jomm kita tengok reviewnya

TANJUNG KARANG 27 Jan. - Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun (SMKDH) di sini berjaya menghasilkan 'Ai-1Card' iaitu kad matrik pelajar yang membolehkan pihak sekolah mengakses semua maklumat murid dengan satu klik.
Kecanggihan kad ini membolehkannya dijadikan kad pengenalan ganti pelajar di samping memudahkan urusan mengemas kini data dan aktiviti pelajar dengan segalanya 
dapat diperoleh dengan satu imbasan.

Pengetua SMKDH, Ruslan Bustani berkata, pihaknya mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan perisian sistem pengurusan murid di sekolah itu supaya segala maklumat yang diperlukan oleh sekolah dan Kementerian Pelajaran terdapat di dalam kad ini.
''Apa yang menarik, 'Ai-1Card' ini terpilih sebagai peserta akhir Pertandingan Inovatif Malaysia Zon Tengah yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Melaka akhir tahun lalu.
''Kami mencipta kad ini bagi memudahkan pihak guru mengakses maklumat pelajar selain menangani masalah keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ruslan berkata, 'Ai-1Card' dilengkapi 11 ciri iaitu menggunakan sistem 'Barcode' myID iaitu 
engenalan sekolah, pengenalan diri murid, pengenalan kategori seperti pengawas, pengawas pusat sumber, unit pakaian seragam, kelab atau persatuan, kelab sukan, pengenalan tahun dan sebagai kad pusat sumber sekolah, buku teks, akademik dan asrama.
''Apa yang penting di belakang kad ini tertera nama bapa dan telefon yang boleh dihubungi selain jenis darah atau penyakit jika berlaku kecemasan.
"Jika pelajar bertukar sekolah, maklumat ini dapat digunakan sebagai rujukan oleh sekolah barunya," katanya.
Menurutnya, kad ini dihasilkan oleh sekumpulan guru SMKDH dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan dibangunkan oleh Kunci Agresif Sdn. Bhd.
Sementara itu, Pengurus Besar Kunci Agresif Sdn. Bhd., Ali Berkat berkata, pihaknya membelanjakan sebanyak RM50,000 untuk menghasilkan kad itu termasuk mencari kertas dan jenis dakwat yang sesuai agar tidak mudah pudar.
''Kad ini boleh digunakan untuk tempoh enam tahun pada peringkat sekolah rendah dan diperbaharui untuk peringkat sekolah menengah dengan kos hanya RM5 sekeping," katanya.
Seberang maklumat lanjut mengenai kad pintar itu boleh hubungi Ali di talian 019 2405808.

Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, January 29, 2011

Rahsia Hari Sabtu????

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu buat semua....

Hari minggu adalah hari yg ditunggu tunggu untuk semua, tak kira kakitangan awam atau kakitangan swasta....
Sabtu dan Ahad adalah hari yang digunakan untuk bersama keluarga... TAPI..kalau anda di Kedah,Kelantan & Terengganu, bukan Sabtu & Ahad, tetapi Jumaat & Sabtu..

Ok... Kita teruskan pada fokus utama kita..iaitu Rahsia Hari Sabtu..hahaha..ada rahsia ke? ahaksssss.. sebenarnya saya nak bercerita tentang cuti hari sabtu bagi kakitangan awam yang bergelar GURU...

Seperti kita tahu, Sabtu ialah hari bercuti, TETAPI golongan guru ialah antara yg tidak mendapat manfaat dari cuti hari Sabtu, kenapa?

Ini disebabkan kekangan waktu yg menyebabkan aktiviti terpaksa dibuat pada hari sabtu..kadangkala habis sebulan sabtu dilanggar(diarahkan kerja) oleh pihak pentadbir. Guru guru pula terpaksa mengikut, kerana tidak mahu di cop sebagai guru bermasalah dan tidak mahu markah prestasi menjadi rendah...
(***Tapi sekolah saya, kami mmg tak bekerja pada hari sabtu. terdapat sekolah yg tidak mengganggu hujung minggu guru guru, tahniah saya ucapkan / buat yg terpaksa rela...bersabarlah, itu semua tanggungjawab yg baik dan diberkati Allah kerana kita melaksanakan kerja pada hujung minggu..kalau tak mau juga, jommm pakat pindah sekolah... wakakaka )

Baiklah :

Surat pekeliling Pentadbiran 2005 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga surat makluman bertarikh 5 Disember 2005 Surat Ikhtisas Bil 8 tahun 2005, menyatakan bahawa SABTU minggu PERTAMA & KETIGA adalah hari cuti bagi semua pekerja di agensi awam dan swasta, manakala SABTU minggu KEDUA & KEEMPAT dibenarkan pihak agensi melaksanakan tugas mengikut keperluan....
* Saya pernah bertelagah tentang kerja pada hari sabtu ini dengan seorang GPK lama saya... tapi biasala, saya org bawah, beliau org atas..

Untuk makluman juga, KPM boleh mengambil tindakan jika pihak pengurusan sekolah ingkar pekeliling yang telah di keluarkan...

Cakap banyak tak guna... Jom kita baca Jawapan Unit Komunikasi Korporat KPM... yang disiarkan oleh Berita Harian...
Sila klik imej untuk membesarkannya..

Friday, January 28, 2011

Adakah anda tahu tentang cuti anda?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera....

Adakah anda semua sebagai guru tahu ttg cuti? Tapi saya rasa jika berada disekolah yg penuh tekanan kerja, hari yg anda nantikan adalah hari cuti... Tapi sedarkah anda, tentang jenis jenis cuti yg ada? Jika masih belum tahu, mari kita baca yang seterusnya, cuma jangan lah salah guna cuti , seperti membeli MC (Medical Certificate)... Gunakan cuti yang ada dengan sebaiknya, manakala jika anda  pentadbir pula, bertimbang rasa lah dalam mentadbir, hari ini hari anda, esok lusa mungkin hari anda juga, tapi selepas itu siapa yang tahu... hahaha....

Jom kita layan tentang cuti yang ada...

Jenis Cuti Guru Layak Dan Tidak Menjejaskan Pencen/Ganjaran

Cuti Rehat Khas             : 7 hari setahun
Cuti Sakit                       : Swasta 15 hari / Kerajaan 90 hari + / 90 hari ( Kusta/Barah 24 bulan )
Cuti Haji                         : Jangkamasa yg diperlukan * Tidak lebih 40 hari
Mengambil Peperiksaan  : Tempoh peperiksaan
Bersalin                          : 60/90 hari * tertakluk 5 kali dalam tempoh perkhidmatan
Tanpa Rekod PJJ           : 30 hari * IPT Awam, Bawah 50 Tahun.
Aktiviti NUTP/Koperasi : 14 hari + ( 2 hari perjalanan )
Isteri Bersalin                  : 7 hari
Kematian Ahli Keluarga  : 3 hari

Cuti Yang Menjejaskan Pencen/Ganjaran

Separuh Gaji           : 180 hari
Tanpa Gaji              : 360 hari
Menjaga Anak        : 1,825 hari


Kelulusan setiap cuti adalah berbeza, sila rujuk pekeliling yang ada...

KENAPA anda kena tahu tentang cuti2 ini, supaya anda tidak dipermainkan oleh mereka yang suka bermain main dgn perasaan org lain..ahaksss...

Thursday, January 27, 2011

Bagaimana online dgn wireless sekolah yg tiada talian schoolnet

Salam semua,

Hari ni saya x nak cerita tentang pelajar, tapi saya nak bercerita ttg kecanggihan teknologi,
Saya mendapat ilmu baru ttg komputer(Terima kasih utk Cikgu Faizal)

Seperti yg kita tau, talian schoolnet sekolah telah ditamatkan, saya pun tak tau kenapa, macam2 org cakap, saya malas nak ambil tau, yg penting sekolah sepatutnya mencari alternatif supaya guru guru dapat mengakses laman web bagi tujuan P&P...Kalau tujuan utama untuk berFacebook... rasanya tak perlulah diberi kemudahan internet..Jgn marah rakan2..ahaksss..

Baiklah, hari saya nak berkongsi cara untuk mengakses internet, jika sekolah anda tiada talian schoolnet tapi prasarana itu masih wujud dan baik, serta mempunyai kemudahan wireless..

Apa yang anda perlukan ialah :
1. Akaun streamyx anda sendiri.
2. Wireless sekolah yang masih berfungsi
3. Laptop yg ada wireless

Mula2, buka komputer anda@notebook.. Pergi ke control panel , klik pada icon network connection, kemudian di bahagian kiri skrin terdapat bahagian Create new connections, selepas paparan baru keluar, pilih Connect to the internet, klik next, ambil Set Up My New Connection Manually, klik next, ambil Connect using a broadband connection that requires a user name and password tulis ISP anda * Streamyx, kemudian klik next,pada paparan seterusnya masukkan username anda dan password..klik next dan klik pada add a shorcut to this connection to my desktop..selepas itu klik finish...

Baiklah, seterusnya, cantumkan wireless anda dgn wireless sekolah..pastikan IP  address di set kepada automatik, kemudian...

Hanya klik pada ikon streamyx, dan klik connect..

SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, January 26, 2011

Sekolahku Duniaku

Hari ini sudah hampir sebulan saya bertugas di sekolah baru, Alhamdulillah, sekolah yg seronok dan tiada tekanan, kecuali tekanan kewangan kerana kos minyak yg meningkat berkali ganda, bilakah kerajaan akan membuat semakan gaji semula..ahakkksss.... saat yg pasti ditunggu tunggu....





Hari ini seperti biasa dimulakan dgn kelas 5Arif, saya juga adalah guru kelas ini, kelas yg menarik, juga agak mencabar kerana pelajarnya yang agak aktif juga mempunyai kecerdasan perbagai..kadang2 soalan yg ditanya agak mencabar minda, kerana diluar dari silibus yg diberi, ada ketika saya akan melayan karenah mereka, cuba menjawab dgn sebaik yg mungkin, dan kadangkala saya terpaksa menghentikan soalan mereka kerana mengejar masa utk menghabiskan silibus.... kerana kelas ini adalah kelas pertama saya terpaksa bekerja keras bagi memastikan tiada pelajar yg gagal dalam mata pelajaran Sains, kerana saya mengajar subjek ini...

Antara soalan yg menarik yg pernah ditanya oleh pelajar.

1. Cikgu, bagaimana mikroorganisma bergerak?
Jawapan : Mikroorganisma bergerak dengan penyesuaian yg bersesuaian pada mereka, contohnya bakteria : bergerak dengan menggunakan flagella.

2. Cikgu, mikroorganisma warna apa?
Jawapan : ??? mencabar x soalan yg ditanya?jika anda berada ditempat saya,apakah jawapan yg akan anda berikan...


Subjek teras yg saya ajar ialah sains yg meliputi kelas 3P,4P,5A dan 6P. Manakala subjek bukan teras, KH bagi kelas 4P,5A dan 5P serta P.S.V bagi kelas 3P.


Cabaran yg hebat juga adalah untuk memastikan kelulusan @ kualiti iaitu kelulusan 100% bagi subjek Sains utk UPSR 2011... dengan jumlah calon UPSR seramai 37org,dan saya bertanggungjawab utk memastikan kelulusan 100% bagi kelas 6P..satu tugas yg amat berat, walaupun hanya seramai 15org pelajar...



Lupakan kisah UPSR,
Saya ingin kongsikan  kisah menarik yg berlaku....


Kisah satu : Saya sedang berjalan mengejar waktu untuk masuk ke kelas darjah 4P ditingkat paling atas, kemudian saya berselisih dgn pelajar tahun 2. Tiba2 saya dikejutkan dengan pertanyaan..
"cikgu , cikgu ajar tahun 2 tak?... Saya menjawab, saya x ajar tahun 2 kenapa?... Alaaaa, kenapa cikgu x ajar..sedih sungguh suara pelajar tersebut, saya terkasima sebentar dan rasa sedih... tapi itu bukan pilihan saya..cuma yg masih tertanya2 difikiran ini, kenapa pelajar tadi sedih saya x mengajarnya? sampai kini saya belum bertemu jawapannya..


Kisah dua: cerita kelakar, yg membuatkan saya ketawa sehingga kini..
Semasa perhimpunan, Guru bertugas sedang memberi tazkirah, tiba2 seorg pelajar tahun 1, bersuara dgn kuat, "cikgu nak kencinggg!!!... kemudian beliau ke tandas, selepas 3 minit, pelajar tersebut berlari keluar dgn menjerit..Hantuuuuuuu!!!!.... saya pandang dgn perasaan terkejut... rupanya2 mmg pelajar tersebut mendapat gelaran HERO dikalangan guru2 tahun 1, kerana kaletahnya yg x pernah diam... dan insiden tersebut juga membuatkan semua yg ada diperhimpunan ketawa.... alangkah indahnya saat dimana semua warga sekolah ketawa dan bergembira bersama2,..

oppsss kita sambung lagi nanti...

Selamat datang ke Dunia Blogger..

Assalamualaikum...
Saya bukanlah baru dalam dunia blog ini, sebelum ini saya sudah membuat beberapa blog peribadi, malangnya, waktu yg agak mencabar, membuatkan saya sukar utk mengemaskini blog saya... Kini saya kembali dengan azam untuk sentiasa mengemaskini blog ini dgn cerita2 yg menarik juga melengkapkan blog saya dgn bahan2 utk membantu kita dalam menjayakan wadah pendidikan negara..dapatkan nota2 dan juga bahan2 Pengajaran yg mungkin bermanfaat buat kita semua...