Monday, January 31, 2011

Satu Dua Tiga..menangis dalam dakapan...

Assalamualaikum, Salam sejahtera...


Apa kaitan tajuk dengan artikel..xde kaitan apa2..hehe.... 

Hari ni hujan jer dari jumaat tak henti2...Ada sekolah yg cuti, sebab dah berganti atau akan mengganti..jangan terlebih ganti cam satu sekolah tu dah la...hahaha...

Saya masih sekolah, hari ni dan esok, Rabu-Jumaat cuti...

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, kepada semua rakan2 kaum cina..walau apapun kaum kita, kita tetap satu bangsa , iaitu bangsa Malaysia..
Hormat pada sesiapa sahaja, walaupun berbeza agama dan kaum, maka akan aman lah negara kita...

Hari ni saya nak bercerita ttg pengalaman mengajar ... Saya semasa mula2 masuk ke dunia pendidikan adalah antara mereka yg agak tegas semasa mengajar, akibatnya ada murid yg berbirat, yg takut nak kesekolah..dan macam2 lagi... dan juga pernah merasa pergi memohon maaf secara peribadi akibat merotan pelajar, juga pernah diserang dengan ibu pelajar, dengan tuduhan yang pelbagai rupa... *setelah disiasat, rupanya tuduhan yg wujud hanya terjadi dlm mimpi pelajar terbabit..

Walauapapun, ianya telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman buat diri saya, yang juga mengingatkan saya tentang pelajar dan ibu bapa zaman sekarang tak sama dengan pelajar dan ibu bapa zaman dulu... 

Dah jauh melalut..sorry..saya sebenarnya teringatkan seorang pelajar yg agak istimewa semasa saya mengajar di SK Taman Cendana..Pelajar yg bernama Qhaizul.. saya mengajarnya semasa beliau darjah 2... Pada awal tahun, saya dapati beliau ni adalah pelajar yg pemalu dan pendiam... langsung tidak mahu bercakap.... tetapi selepas 4 bulan saya dapati beliau telah berubah sepenuhnya..dari seorang pelajar yg pemalu dan pendiam menjadi pelajar yg petah dan suka membantu dan bermain... Ada guru2 yg terkejut dgn perubahan tingkah laku beliau... 

Dari pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati, kebanyakan pelajar akan menjadi pasif jika mendapat guru yang terlalu garang dan selalu menghukum..dan pelajar tersebut akan menjadi aktif jika mendapat guru yang ada sifat kecindan *Humor...adakah saya mempunyai sifat humor?

hahaha.... Apapun saya cuma ingin bertanya, yang mana anda lebih suka..murid yang pendiam dan menyendiri atau murid yang sentiasa ceria dan ketawa semasa didalam kelas....

Diri saya : saya lebih sukakan suasana yang ceria semasa didalam kelas.... kalau terpaksa menjadi garang itu adalah lakonan sementara yg terpaksa dibuat untuk memastikan pelajar patuh pada peraturan dan melaksanakan tugasan dengan baik...

Elakkan dari menghukum pelajar... Anda mungkin akan mengatakan menghukum adalah cara terbaik, tapi beringatlah..jangan mengulangi kesilapan yg saya telah lakukan... 

Mesra dan sentiasalah ceria bersama pelajar..TAPI berpada2 lah..kita tak tahu..kadangkala kemesraan yang terlalu rapat juga akan menjadi racun kepada kita...

0 comments: