Friday, January 28, 2011

Adakah anda tahu tentang cuti anda?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera....

Adakah anda semua sebagai guru tahu ttg cuti? Tapi saya rasa jika berada disekolah yg penuh tekanan kerja, hari yg anda nantikan adalah hari cuti... Tapi sedarkah anda, tentang jenis jenis cuti yg ada? Jika masih belum tahu, mari kita baca yang seterusnya, cuma jangan lah salah guna cuti , seperti membeli MC (Medical Certificate)... Gunakan cuti yang ada dengan sebaiknya, manakala jika anda  pentadbir pula, bertimbang rasa lah dalam mentadbir, hari ini hari anda, esok lusa mungkin hari anda juga, tapi selepas itu siapa yang tahu... hahaha....

Jom kita layan tentang cuti yang ada...

Jenis Cuti Guru Layak Dan Tidak Menjejaskan Pencen/Ganjaran

Cuti Rehat Khas             : 7 hari setahun
Cuti Sakit                       : Swasta 15 hari / Kerajaan 90 hari + / 90 hari ( Kusta/Barah 24 bulan )
Cuti Haji                         : Jangkamasa yg diperlukan * Tidak lebih 40 hari
Mengambil Peperiksaan  : Tempoh peperiksaan
Bersalin                          : 60/90 hari * tertakluk 5 kali dalam tempoh perkhidmatan
Tanpa Rekod PJJ           : 30 hari * IPT Awam, Bawah 50 Tahun.
Aktiviti NUTP/Koperasi : 14 hari + ( 2 hari perjalanan )
Isteri Bersalin                  : 7 hari
Kematian Ahli Keluarga  : 3 hari

Cuti Yang Menjejaskan Pencen/Ganjaran

Separuh Gaji           : 180 hari
Tanpa Gaji              : 360 hari
Menjaga Anak        : 1,825 hari


Kelulusan setiap cuti adalah berbeza, sila rujuk pekeliling yang ada...

KENAPA anda kena tahu tentang cuti2 ini, supaya anda tidak dipermainkan oleh mereka yang suka bermain main dgn perasaan org lain..ahaksss...

0 comments: