Soalan :
Assalamualaikum.salam sejahtera.
Tuan . saya ingin bertanya,
1.dalam pekeliling sbpa tertulis tarikh perubahan gaji kekal..tetapi kenapa dalam jadual pemindahan gaji,terdapat pegawai awam yg berubah bulan kenaikan gaji.ada yg dari januari pergi ke april?
2. jika saya memilih bersara 60 tahun,tetapi pada umur 56 saya ingin bersara,adakah saya akan mendapat pencen dan ganjaran pada umur bersara 56? atau hanya mendapat pencen dan ganjaran pada umur 60 tahun.
sekian, terima kasih
Jawapan JPA :
Tuan,
Soalan 1:
Sebagai makluman, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan di bawah SBPA adalah kekal kecuali dalam keadaan seperti yang dijelaskan di perenggan 38 iaitu pegawai yang berada di mata gaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari atau pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada 2 atau lebih matagaji JGM kepada 1 matagaji baru yang sama di JGS (bracketing). TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru. Penetapan TPG di bawah SBPA di Lampiran C4 PP11/2011 adalah teratur.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Soalan 2.. Sila rujuk posting sebelum ini.
(sila kreditkan kepada blog ini, sertakan link ke blog ini apabila anda copy sebarang bahan)
0 comments:
Post a Comment