This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, February 28, 2011

Jadual Anjal

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksanakan waktu persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tidak menanggung beban kerja berlebihan. 

Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata jadual persekolahan selama lapan jam itu dapat memenuhi waktu harian pelajar secara berkualiti, selain mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

Melalui pelaksanaan itu, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, pentadbiran sekolah boleh menyusun pelbagai aktiviti berfaedah untuk mengisi jadual waktu petang setiap hari tanpa membebankan pelajar dengan pembelajaran akademik semata-mata.“Antaranya, pelajar boleh menjalani aktiviti sukan dan kokurikulum, menyiapkan kerja rumah di bawah bimbingan dan pemantauan guru, mengikuti kelas tambahan bagi melonjakkan prestasi pencapaian mereka atau memasuki kelas pemulihan untuk mereka yang memerlukan bantuan. 

“Malah, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti kemahiran menarik pada sebelah petang seperti kelas seni untuk pelajar dalam aliran sains bagi menggalakkan lagi daya kreativiti. 

“Dari segi jadual kerja anjal untuk guru, disarankan sebahagian daripada mereka bertugas mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bakinya dari jam 11 pagi hingga 4 petang ,” katanya selepas menghadiri Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini, semalam. 

Abdul Rahman berkata, 70 peratus sekolah di negara ini sudah menjalankan sekolah satu sesi tetapi waktu persekolahan hanya dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari menyebabkan ada pelajar mengambil kesempatan ruang masa selepas itu terjebak dengan gejala sosial kerana ibu bapa bekerja. 
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya guru permulaan diberi tempoh percubaan selama enam bulan di sekolah bagi memastikan kesesuaian sebenar mereka untuk menjadi pendidik dan jika tidak, wajar dicadangkan mereka mencari kerja lain. 



Sumber : Berita Harian..


Cadangan yang menarik... tapi ada pro dan kontra, bagaimana dengan sekolah Agama waktu petang?sekolah 2 sesi bagaimana? adakah perlu lagi kurikulum@program pada hari sabtu? tujuan dilaksanakan? Jom kita komen...

11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin

X tau nak cakap apa.... apapun nasihat saya kepada rakan2..jgn sentuh pelajar... zaman sekarang bahaya....

2011/02/28

Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan

KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.

Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas.Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.

Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.

Katanya, berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.

“Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tetap tidak berhasil. 
“Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,” katanya semalam.
Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.


Sumber : Berita Harian..

New Deal..Baiah... Tahniah kepada sekolah yg berjaya...

Tahniah kepada Sekolah yang berjaya..


Berita gembira juga buat warga bukan guru ...anda juga akan menerima bahagian..tahniah atas perjuangan kesatuan.... Hujung tahun jangan lupa bonus untuk kami yg tak terima dan lain2 kakitangan awam k..hehe...



586 guru besar dapat ganjaran RM7,500 seorang

28/02/2011 2:41pm




JASIN 28 Feb. - Seramai 586 guru besar hari ini menerima ganjaran RM7,500 seorang bagi anugerah tawaran baru berikutan pencapaian prestasi yang memberangsangkan.
Mereka menerima ganjaran itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, di sini pagi ini. -

 Utusan

Saturday, February 26, 2011

Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipertimbang anjakan gaji

Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipertimbang anjakan gaji

KUALA LUMPUR: Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.
Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK.

Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011.

Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan.

“Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.
Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji.

Sumber : Berita Harian

Rujukan :

JPA Surat Edaran
Surat Edaran Pdf

Dalam tu tulis TK1..Yang TK2 dgn TK 3 macammana?

Thursday, February 24, 2011

Isu Kenaikan Gaji & BTN

Assalamualaikum..

Lama saya tak update blog... bukan apa busy skit dengan tugasan dan menjaga anak... Sekarang pula tgh nak mulakan PEKA...

Sebelum ni rasanya anda semua telah pun membaca entri saya mengenai isu kenaikan gaji & sijil BTN....

Iaitu, untuk naik ke P2 atau P3, memerlukan sijil BTN..

Hari ini saya telah membuat panggilan ke KPPK @ NUTP untuk bertanya mengenai perkara ini. Pegawai yang menjaga bahagian ini, telah menjawab permasalahan saya..

Baiklah.... saya dimaklumkan bahawa kenaikan P1 ke P2 atau P2 ke P3, tidak memerlukan sijil BTN... kecuali jika lantikan saya selepas 1 Januari 2005 atau saya belum lagi menerima pengesahan dalam jawatan...

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut..sila hubungi KPPK dimana anda mendaftar sebagai ahli...

Monday, February 21, 2011

Reza Salleh

Assalamualaikum...


Hari ni saya tak nak cerita tentang pendidikan..pasti ada yg dah bosan dengar..Hari ni nak cerita tentang lagu pula... Pernah dengar tak seorang penyanyi yang bernama REZA SALLEH?




Ok kat bawah ni serba sedikit tentang siapa Reza Salleh..


Tapi cakap banyak pun tak guna..cuba dengar dulu lagu2 dia kat web ni...


Pautan web :   >>>>>  Reza Salleh  <<<<<<<


Saya punya pendapat..lagu2 dia memang best, lain dari yang lain..muzik dia pun happening... x rugi membeli...



It’s all about the music for Reza Salleh. Whether he is onstage performing or at front-of-house managing a gig, Reza is in it to enrich Malaysia’s music scene. True to his generation, Reza is progressive, bold and proactive.
As a budding singer-songwriter during his college days in Melbourne, Australia, Reza would rise above his fears and perform his music at live shows where critical audiences can be wittingly fierce with their judgement. That fellow Malaysian students who were in Melbourne at the time would testify that “even Aussie kids knew the lyrics to his songs” suggests real talent and an innate skill for showmanship in Reza Salleh. Years later in Kuala Lumpur, he would be one of the top names in the independent singer–songwriter scene.
Reza’s early song–writing days were inspired by popular grunge and alternative rock bands like Nirvana and Rage Against the Machine, and the vocal styles of African-American artists. And perhaps due to the combination of inherent stubbornness and love for all kinds of music, the music he produced was not limited to any particular genre or tone. His inaugural album, Realize, captures perfectly his musical range and adaptability. With punchy rock ensembles and acoustic bossa nova lining his track list, it would be difficult to pin him down to a particular genre. Though this may frustrate some straight–jacket listeners, Reza’s ability to swing between genres is an invaluable asset for any young musician catering to an increasingly diverse audience that is constantly on the lookout for new sounds.
And Reza knows the audience. Upon his return to Malaysia after graduating with a Bachelor’s degree in Business Systems at Monash University, Reza founded an independent singer–songwriter music circuit called Moonshine. Today it is touted as one of the most recognized live music circuit in the Klang Valley, drawing crowds even on Monday nights when venues otherwise would be sombre. After 5 years of staging shows under Moonshine, Reza has mastered the taste of the city’s live music audience and have engaged their support for local independent acts.
Moonshine was founded in November 2005 out of a young man’s frustration of not being able to get booked for shows and sustain a meaningful life through music. Reza was quick to realize that being an independent musician in Malaysia was tough and within a year upon his return from university, he established Moonshine. Although he came home to pursue his own dream of becoming a successful singer–songwriter, the creation of Moonshine was driven by a newfound desire to help and unite other independent acts going through the same difficulties. And so with his guitar still strapped on his back, Reza took on the role and responsibilities of a music booking agent for live performances in the Klang Valley. The early days of Moonshine in fact saw more performances by fellow independent singer–songwriters than Reza himself.
“It is not too bad being back again, in this land where it all began,” he sings in his song Smoke City. The Moonshine initiative paid off. It is today a major contributor to the city’s vibrant live music scene constantly featuring new independent acts and drawing new fans. In just five years it has helped give rise to some of today’s popular artists like Yuna, Najwa and Liyana Fizi. But the struggle must go on for Reza. Access to airtime, distribution of music and quality of sound are among the issues he has taken up as part of a personal cause to help enhance the independent music scene in Malaysia.
Reza’s inaugural album, Realize, which compiles original music written over ten years of his song–writing career, is a tribute to fellow independent musicians who have taken the risk of leaving their “desk jobs” to pursue their dreams – and to those who are considering it.”

Saturday, February 19, 2011

Penghantaran guru Semenanjung ke Sabah, Sarawak diteruskan

BESUT 19 Feb. - Kerajaan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di dua negeri berkenaan dapat diatasi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Tuesday, February 15, 2011

Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Buat Hal?


LPT jadi medan lumba motosikal berkuasa besar

2011/02/15

SAYA adalah seorang daripada puluhan ribu pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) iaitu bermula dari Tol Gombak sehingga Tol Kuantan. 

Saya ingin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap biadap dan kurang rasa hormat kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melalui sepanjang lebuh raya berkenaan.
Ini kerana mereka menggunakan jalan ini sebagai tempat untuk berlumba sesama mereka.
Mereka menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama pengguna kereta. 

Saya melalui pengalaman hampir dilanggar oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sebanyak tiga kali. Ini kerana setiap kali mereka berada di belakang kenderaan lain, mereka akan mencelah di antara kenderaan terutama kereta. 

Sikap ini menyebabkan pemandu kereta akan terkejut dan boleh mengundang kemalangan. Boleh dikatakan pada setiap minggu berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal ini. Apa yang membimbangkan sikap mereka yang begitu angkuh semasa menunggang dan menggunakan laluan kanan sepanjang masa boleh mengundang padah kepada pengguna lain. 

Kegiatan mereka boleh dikesan pada setiap Sabtu dan Ahad. 
Mereka akan berlumba untuk cepat sampai dan kadangkala berulang alik dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh masa yang singkat saja. Mungkin mereka berasa puas jika dapat mengatasi rakan lain. 

Aktiviti yang dilakukan oleh mereka pada asalnya untuk bersantai dan melihat keindahan alam mungkin boleh menjejaskan keselamatan pengguna kenderaan lain. 

Diharap masalah ini dapat ditangani dengan segera. Diharap kami juga mendapat keadilan sewajarnya. 
PEMANDU KERETA BURUK, 
Bukit Tinggi, Bentong.



Sumber : Berita Harian 15/2/2011

Komen Saya : Pendapat saya pula berlainan, kenapa ianya terjadi kerana pemilik kenderaan @ kereta tidak pandai menghormati pengguna lain, kerana pengalaman saya sendiri semasa menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, saya dapati pemandu kereta tanpa memberi isyarat akan terus masuk ke lorong laju, tanpa mempedulikan saya yg sedang memecut di lorong kanan, yg membuatkan saya terpaksa mencelah di lorong kiri untuk mengelakkan dari melanggar kereta tersebut.. Ini banyak kali berlaku..dan satu lagi ialah, kenderaan lebar dan juga kereta memandu dengan perlahan membuatkan saya terpaksa mencelah kerana mereka langsung tidak memperdulikan pengguna lain yang berada di lorong kanan... Saya yang pernah menggunakan motrosikal dari 100cc hingga 1100 cc dan telah beribu2 KM berada diatas jalanraya sangat faham dgn sesetengah pemandu kereta ... mereka beranggapan mereka membayar TOL dan mereka ada hak atas lebuhraya.. Saya juga pemandu kereta dan saya tidak pernah marah dengan penunggang motorsikal yg memecut di lebuhraya, kerana saya faham dan saya akan sentiasa memberi ruang kepada mereka utk memotong, kerana saya faham kuasa dua roda mereka lebih bertenaga dari saya.. Apa salahnya berikan mereka laluan jika nampak penunggang motorsikal berkuasa tinggi berada di belakang, jangan berlagak kerana anda ada kereta dan anda terus berada di lorong kanan..bila mencelah anda marah, tapi anda x pernah hiraukan perasaan kenderaan lain dibelakang...



Honda GoldWing
Motor Idamanku...Inilah lagenda dunia permotoran..

ISU Terkini Dunia Pendidikan


Guru, pensyarah tak sama skim perkhidmatan


2011/02/15

MERUJUK kepada aduan oleh 'Bekas dekan fakulti pendidikan, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini bertarikh 8 Februari lalu bertajuk 'Pensyarah IPTA DG45 wajar diberi gaji setaraf skim guru cemerlang'. 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpandangan bahawa isu yang dibangkitkan tidak wajar timbul kerana skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (DS) dan skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (DG) adalah dua skim perkhidmatan yang berbeza.
Gred DS45 adalah gred lantikan bagi Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, manakala gred DG44/48/52 adalah gred kenaikan pangkat bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah.
Seseorang yang dilantik sebagai pensyarah universiti adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan pensyarah universiti. 

Sekiranya mereka mempunyai pengalaman bekerja sebelum dilantik ke skim perkhidmatan ini, perkara itu sudah pun diambil kira dalam penetapan gaji permulaan, seperti yang ditetapkan dalam peraturan lantikan, naik pangkat dan penamatan perkhidmatan (PU(A) 176) 2005. 

Skim perkhidmatan pensyarah universiti menetapkan kenaikan pangkat berdasarkan kecemerlangan akademik. Pensyarah yang memenuhi kriteria kecemerlangan akademik boleh dipertimbang dinaikkan pangkat dan menikmati gaji yang lebih tinggi. 

Dalam hubungan ini terpulanglah kepada pensyarah untuk meningkatkan kemajuan kerjaya mereka dengan berusaha memenuhi kriteria kecemerlangan akademik yang ditetapkan. 
Untuk jangka panjang, kemajuan kerjaya pensyarah universiti sebenarnya adalah lebih baik kerana berpeluang dinaikkan pangkat sehingga ke jawatan Gred Utama Turus dan Profesor Ulung sekiranya mereka mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan. 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, 
Kementerian Pengajian Tinggi.
 

sumber : Berita Harian

Komen saya : Saya teringin nak jadi pensyarah...tapi apabila mengenangkan tugasan yg teramat sibuk untuk pensyarah..saya lebih rela berada disekolah.tak tau la masa akan datang...anda pula?

Saturday, February 12, 2011

SIASAT DAKWAAN MOKHTAR SABAH!







Ini bukan gambar Sabah..tapi pemandangan dari tingkat atas sekolah saya...
tiada kaitan dengan artikel diatas

Mari kita lihat dan teliti 2 komen ini mengenai dakwaan Mokhtar Sabah...

 

SIASAT DAKWAAN MOKHTAR SABAH!

SAYA terpanggil untuk memberi reaksi tulisan Mokhtar Sabah dalam Forum Utusan Malaysia, 8 Februari 2011 dan menyokong tulisan Guru Tua dalam ruangan yang sama, bertarikh 10 Februari 2011.
Saya tertanya-tanya adakah betul Mokhtar Sabah ini seorang guru? Sekiranya apa yang dinyatakannya itu betul, saya cadangkan supaya Ketua Nazir Sekolah Sabah melakukan pemeriksaan terhadap dakwaan ini untuk ‘membersihkan’ keadaan yang didakwa itu termasuk cikgu Mokhtar Sabah.
Sebagai bekas Nazir Sekolah Sabah, apa yang didakwa oleh Mokhtar Sabah tidak benar. Tiada guru mengajar enam waktu seminggu! Pengalaman sebagai nazir melakukan pemeriksaan di sekolah menengah dan rendah di seluruh Sabah, tiada kes seperti ini. Saya amat meragui kenyataan Mokhtar Sabah. Saudara, jangan cuba menjatuhkan maruah guru-guru di Sabah.
OTHMAN AHMAD

(Bekas Nazir Sabah

Komen kedua.....

 

MENYANGGAH DAKWAAN CIKGU MOKHTAR

KALAULAH benar seperti yang didakwa Cikgu Mokhtar Sabah bahawa purata guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu, maka memang patut malulah guru yang mengaku terbeban. Tetapi bagaimana pula dengan guru-guru yang mengajar 31 waktu x 30 minit = 930 minit dan 27 waktu x 40 minit = 1080 minit! Mereka patut malu kepada siapa?
Bagaimana pula dengan seorang guru memegang jawatan seperti guru kelas, ketua panitia, ahli jawatankuasa kewangan dan pengauditan sekolah, pengurus saham koperasi, ahli jawatankuasa kurikulum sekolah, ahli jawatankuasa pengendalian dan pengurusan PBS peringkat sekolah, guru rumah sukan, ketua guru kelab sukan dan permainan, guru penasihat kelab dan persatuan dan bendahari PIBG dalam masa yang sama.! Adakah guru ini perlu malu kepada Cikgu Mokhtar Sabah! Mengenai tuduhan Cikgu Mokhtar bahawa guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Malah ada dalam kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar.
Kes sedemikian saya tidak pernah temui dan mungkin hanya berlaku di sekolah Cikgu Mokhtar Sabah. Bagi ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mengumpul kekayaan menerusi ceramah sehingga mengabaikan pelajar dan guru sukan yang kaki kelentong seperti yang dimaksudkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah, tepuk dada tanyalah selera kerana masing-masing arif akan halal dan haram duit gaji masing-masing. Yang lebih penting, perkara tersebut yang ditimbulkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah jelas bukan sebahagian daripada beban tugas guru sebagaimana yang sering dirungutkan oleh para guru. Cikgu Mokhtar Sabah walaupun hampir 20 tahun menjadi guru dan pengurus sekolah, sebenarnya masih belum faham akan ‘beban tugas guru’ yang sering menjadi rungutan guru.
Cikgu Mokhtar Sabah harus faham bahawa situasi guru ‘makan angin’ di Sabah tidak boleh disamakan dengan nasib guru ‘tak malu yang terbeban’ di sesetengah sekolah di Semenanjung. Yang merungut ialah guru-guru yang betul-betul ingin menjadi guru tetapi terbeban dengan tugas-tugas bukan P&P terutama tugasan perkeranian! Hakikatnya pengetahuan dan pengalaman Cikgu Mokhtar Sabah hanyalah dalam lingkungan tempurung pendidikan di Sabah atau lebih tepat lagi pengalaman pendidikan Cikgu Mokhtar Sabah lebih menepati konsep ‘melancong sambil mendidik’! Saya ingin menasihati Cikgu Mokhtar Sabah agar melakukan sedikit ‘kerja rumah’ mengenai pendidikan di luar konteks tempurung sekolah Cikgu Mokhtar Sabah sebelum ‘membelah’ sesuatu isu pendidikan agar kredibiliti Cikgu Mokhtar Sabah sebagai seorang pengurus sekolah yang
 
hebat tidak terjejas!
NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah

sumber : utusan malaysia
Komen saya : Saya bersetuju dengan pendapat kedua dua penulis ini...minta siasat siapakah Mokhtar Sabah yang sebenar...

apa pula komen anda?

Friday, February 11, 2011

BTN bukan badan tentu gaji kakitangan awam

Agensi JPM perjelas kenyataan CUEPACS isu agihan

KUALA LUMPUR: Biro Tata Negara (BTN) hanya menjalankan kursus kenegaraan, bukannya badan yang bertanggungjawab menaik atau menurunkan gaji kakitangan awam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Shagul Hamid Abdullah.

Beliau berkata, agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu melaksanakan kursus kenegaraan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Satu selaras dengan surat pekeliling perkhidmatan Bil 1 2003 bertajuk Pelaksanaan Kursus Kenegaraan.“Bagaimanapun, kerajaan memutuskan kursus PTK dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari lalu seperti dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2010 bertajuk ‘Pemansuhan Tahap PTK’ yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 30 November 2010.
“Pemansuhan ini juga membabitkan kursus kenegaraan PTK Satu yang dilaksanakan BTN,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan CUEPACS yang mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hinggga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras empat tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan BTN menghentikan kursus yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng dilaporkan berkata, penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Shagul Hamid berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai pemansuhan kursus itu kepada semua Ketua Setiausaha kementerian pada 10 Januari lalu. 
Pada masa sama, katanya, pemansuhan pelaksanaan kursus kenegaraan itu juga dimuatkan dalam laman web BTN

Sumber : Berita Harian

Komen : Kami mmg tau BTN bukan badan yg tentukan gaji..kami cuma cakap, tentang PTK yg memerlukan sijil BTN..harapan kami supaya kerajaan membatalkan keperluan kursus BTN








Gambar Pilihan Minggu Ini
Ada iras2 pelakon cilik BrainScan dgn Tentang Bulan tak.?..*** Gambar ini tiada kaitan dengan artikel diatas

Thursday, February 10, 2011

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik


2011/02/10

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.Beliau berkata, sewajarnya isu anjakan gaji bagi mereka yang lulus PTK aras empat diselesaikan awal bagi mengelak masalah teknikal pada masa depan berikutan pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. 

Sumber : Berita Harian

Komen saya : Bukan 15 aduan itu sahaja..saya juga runsing kerana terdapat berita yg menyatakan sijil BTN diperlukan untuk kenaikan.Ini bermaksud kenaikan gaji saya ke tangga gaji P3 mengalami masalah jika sijil BTN diperlukan...Cuepacs diharapkan dapat membantu kami semua... X perlu lagi BTN, PTK dah lulus x perlu lagi ditambah dengan macam2 karenah yang menghalang kami mendapatkan gaji yg lebih baik... Bagaimana pula dengan kenaikan pangkat? kerana kami juga yg telah lulus PTK akan naik pangkat setelah cukup 10 tahun, kalau sistem baru digunakan, bagaimana dengan kelulusan PTK kami yg dulu?

Guru Tua sanggah Mokhtar Sabah (RESPON KEPADA MOKHTAR)

SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Februari 2011. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.
Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.
Contohnya Cikgu A.
- Masa mengajar 32 waktu x 30 minit seminggu.
- Guru Kelas
- Guru Data SDM
- Guru Disiplin
- Pengerusi Teknik Zon
- Guru Bertugas Mingguan
- Setiausaha Kelab Guru
- Penolong Ketua Rumah Sukan
(Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan seperti mengisi Data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang berubah-ubah setiap tahun, majlis persaraan, Hari Kantin, Hari Sukan dan lain-lain.)
Kami tersinggung dengan kenyataan Cikgu Mokhtar yang menyatakan guru mengajar lapan jam seminggu bersamaan dengan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.
Wahai, Mokhtar Sabah, keluarlah dari bawah tempurung. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik murid dari lepas subuh sampai sebelum maghrib. Malahan ada guru yang ikhlas menabur bakti hingga 10 malam. Di padang waktu petang, kalau bukan guru, siapa agaknya?
Mokhtar Sabah menyatakan seorang guru diberi satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Lihatlah contoh Cikgu A di atas. Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum. Kalau cikgu tersebut seorang yang bagus, maka makin banyak beban kerja terletak di bahunya.
Kami tidak pernah mengeluh tentang tugas hakiki menanda buku kerja pelajar, kertas ujian dan menyediakan soalan. Kami tahu tanggungjawab kami. Cuma yang kami bincangkan kerja-kerja lain yang membebankan seperti mengisi data yang sepatutnya bukan kerja kami.
Agaknya Mokhtar Sabah tidak pernah bertugas seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum naik sekolah semasa cuti sekolah hujung tahun. Cuti kami diambil, tapi kami akur dengan arahan tersebut.
Wahai Mokhtar Sabah, kalau murid sekolah cikgu tak ramai, bolehlah cakap besar. Cubalah mengajar di sekolah yang muridnya lebih 2,000 orang. Agaknya Cikgu Mokhtar datang sekolah bila jam berbunyi 7.20 pagi dan balik 12.50 tengah hari. Cikgu Mokhtar tak bertugas untuk mengawal disiplin murid awal pagi, waktu rehat dan waktu balik? Ingat ya, tugas guru bukan mengajar di kelas sahaja!
Hanya guru yang memahami masalah yang dihadapi oleh guru. Mokhtar Sabah, marilah datang ke Semenanjung, tukar angin untuk merasai apa yang kami rasa. Jangan dijolok sarang tebuan! Walaupun kami terbeban dengan tugas yang banyak, kami laksanakan dengan jayanya. Kami berjaya mengawal emosi dan tak perlu jumpa doktor sakit jiwa!
GURU TUA
Johor Bahru, Johor

Sumber : Utusan Malaysia

Komen Saya : Saya bersetuju dengan GURU TUA... ini yg telah saya alami dulu..tapi sekarang, saya x lagi rasa terbeban dan tertekan dengan kerja... cuma tertekan dengan kos minyak untuk berulang alik sahaja..Apa pula komen anda semua?


Tuesday, February 8, 2011

Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.
Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.
Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:
* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.
* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.
* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.
* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.
Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:
* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.
* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.
* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.
* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.
* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.
Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.
Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.
Mokhtar Sabah
Keningau, Sabah.

Forum:
Utusan Malaysia  . 8.2.2011

Komen Saya : Sebenarnya saya agak bersetuju dengan komen pembaca ini. Kerana pada saya kerja seorang guru tidaklah begitu terbeban. CUMA bukan semua guru tidak terbeban, seperti yang saya sebutkan di laman sosial saya.. cuma segelintir sahaja guru yang terbeban ..mgkn dalam kadar 10-20% dari keseluruhan guru... Terutama guru yang berada di Bandar dan mempunyai pentadbiran yang terlalu menekan para guru.. Buat saudara Mokhtar, jika anda merujuk bahawa semua guru tidak terbeban, pada saya anda salah..jika anda merujuk 80-90% guru tidak terbeban dan ada yg terbeban saya bersetuju.

Jika anda tidak percaya, silalah mohon pertukaran anda ke sekolah2 di kawasan Johor Bahru.. Pasti anda akan merasa tekanan dan bebanan yang kami rasa..Jika anda ingin lari dari bebanan tersebut seperti saya, mohonlah keluar dari bandar bandar besar...

Untuk makluman saudara juga..waktu mengajar saya kini 26 waktu, jika saudara mengatakan bahawa maksimum ialah 25 waktu, jadi dimana kebenarannya.... semasa saya di Johor waktu P&P saya ialah 32 waktu + relief tetap(kerana kekurangan guru) = 35 waktu...

Jawatan dalam kokurikulum dulu dan skrg ialah 2-3 jawatan, manakala dalam kurikulum 2-3 jawatan, dalam Hem 2-3 jawatan...

Cuma kita sebagai guru, tak perlulah menguar2kan bebanan kita kepada media... tak perlu kita membuka pekung didada.. tepuk dada tanyalah iman.....

Jika anda mengatakan semua guru tidak terbeban, jadi ini bermaksud, Jawatankuasa yang mengkaji bebanan guru adalah Penipu!!!!..... Tidak Telus..... dan mereka tidak layak berada disitu, kerana jawatankuasa yang mengkaji ini telahpun memperakui, guru guru terbeban dengan kerja2 tambahan mereka....Jangan anda hanya membuat rumusan dari keadaan di Keningau sahaja..cuba lihat keadaan diseluruh Malaysia, terutama di K.Lumpur, J.Bahru, Selangor..anda akan merasai apa yg kami telah rasa..Apapun saya amat bersyukur berada di sekolah baru sekarang..dimana saya kini langsung tidak terbeban dengan kerja2 saya...

Apapun, kita mesti bijak membahagikan masa utk mengelakkan bebanan dari berlaku dan juga pihak pentadbir yang telus dan mesra kakitangan juga membantu dalam mengurangkan bebanan dan tekanan para guru..

INGAT.. BUKAN SEMUA ANTARA KITA TERBEBAN, HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG TERBEBAN & TERTEKAN..jadi x perlulah kita bising2 didepan semua..biar mereka yg ditugaskan mengatasi masalah yg berlaku..kalau tidak, ikutilah cara saya... isi borang dan pindah.... Alhamdulillah, cara saya berjaya

Monday, February 7, 2011

Gaji Minimum

CUEPACS mahu kerajaan wujudkan gaji minimum penjawat awam

07/02/2011 6:29pm

KUALA LUMPUR 7 Feb. - CUEPACS hari ini meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutama kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.
"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum),” katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan. - Bernama

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum, Salam sejahtera....

Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya....

Semalam saya mendapat penyakit M, yang membuatkan saya tidak menulis sebarang artikel atau cerita disini..hari ini saya ada sedikit kelapangan, selepas sibuk seharian dgn urusan membayar bil, dan lain lain urusan termasuk membeli stok drypers dan susu untuk anak....

Hujan yang berterusan membuatkan saya sedikit risau bimbang banjir yang akan berlaku..alhamdulillah disini air sungai Pahang semakin surut...namun di beberapa tempat lain banjir semakin buruk.. Saya mendoakan semua yang terbaik buat mereka2 yang dilanda musibah banjir.....

Kita amat bertuah, kerana kerajaan amat perihatin dengan nasib kita..cuba kita lihat, apabila banjir atau bencana berlaku, agensi kerajaan dengan cepat mengambil tindakan untuk membantu... Wakil2 rakyat pun ramai yg turun... Jika dibandingkan dengan bencana di beberapa negara lain, kita akan dapati bahawa kita amat bertuah,,manakan tidak, bantuan dengan cepat tiba, kejadian bencana  yang meragut nyawa tidaklah berlaku secara besar besaran seperti di beberapa negara lain....

Seperti yg kita tahu, bencana alam ini adalah disebabkan kitaran alam itu sendiri yang mana ianya pasti akan berlaku..tiada apa yang boleh menghalangnya..kerana ianya adalah bersifat semulajadi, namun begitu kita boleh cuba untuk mengurangkan kesan kesan bencana tersebut keatas penempatan atau keatas kehidupan manusia..kerana kita sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal, boleh mencari cara bagi mengatasi bencana yang berlaku.... kita tidak boleh menghalang bencana alam dari berlaku, tetapi kita boleh berusaha untuk mengurangkan kesan buruknya kepada manusia....

Sebagai contoh : kita tahu bahawa, banjir kilat adalah disebabkan aliran air yang tersekat kerana hujan turun dalam kuantiti yang banyak dan menyebabkan air tersebut melimpah kekawasan rendah..jadi kita boleh berusaha dengan pelbagai cara, antaranya dengan menyediakan sistem pengaliran air yang sempurna dan juga menjaga sistem peparitan supaya dapat mengalirkan air semaksimum mungkin...

Namun begitu, kita sebagai manusia juga mestilah mempunyai sikap menjaga alam sekitar, kerana ianya akan membantu mengurangkan impak buruk bencana kepada manusia... tepuk dada tanyalah iman... bencana alam itu adalah sifat semulajadi alam tetapi kita sebagai manusia mampu untuk mengurangkan kesannya kepada kehidupan kita...