Thursday, February 10, 2011

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik


2011/02/10

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.Beliau berkata, sewajarnya isu anjakan gaji bagi mereka yang lulus PTK aras empat diselesaikan awal bagi mengelak masalah teknikal pada masa depan berikutan pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. 

Sumber : Berita Harian

Komen saya : Bukan 15 aduan itu sahaja..saya juga runsing kerana terdapat berita yg menyatakan sijil BTN diperlukan untuk kenaikan.Ini bermaksud kenaikan gaji saya ke tangga gaji P3 mengalami masalah jika sijil BTN diperlukan...Cuepacs diharapkan dapat membantu kami semua... X perlu lagi BTN, PTK dah lulus x perlu lagi ditambah dengan macam2 karenah yang menghalang kami mendapatkan gaji yg lebih baik... Bagaimana pula dengan kenaikan pangkat? kerana kami juga yg telah lulus PTK akan naik pangkat setelah cukup 10 tahun, kalau sistem baru digunakan, bagaimana dengan kelulusan PTK kami yg dulu?

1 comments:

Kerja Gomen said...

Betul tu..bukan setakat cikgu...kakitangan kementerian lain pun ada x naik, walau lulus PTK... kenapa nak BTN lagi...kalau cikgu dah ada induksi..cukupla