This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, December 30, 2011

Pemilihan Opsyen SBPA dan Umur Bersara

Soalan :

 Assalamualaikum/Salam sejahtera

Saya ingin bertanya,
1. Jika saya memilih skim SBPA dan memilih untuk kekal bersara pada umur 56tahun
adakah ianya memberi kesan terhadap kenaikan gaji saya dari SSM ke SBPA

Terima kasih

Jawapan JPA :

Tuan,

1. SBPA dan opsyen persaraan 60 tahun bukan terikat tetapi boleh dipilih salah satu mengikut kehendak tuan. Jika ingin memilih keduanya sekali juga dibenarkan. Sekian
Sent from my BlackBerryŽ wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2.Pegawai yang memilih  opsyen SBPA dan terus untuk kekal bersara pada 56 tahun kenaikan gaji dalam SBPA tidak terjejas .

3.Salam,

Tuan boleh untuk memilih SBPA dan kekal umur persaraan paksa pada 56 tahun.

Sekian,Terima Kasih

Zulkeflee Bin Sulaiman
JPA

(sila kreditkan ke blog ini apabila anda mengambil sebarang bahan)

Tempoh percubaan dan PTM

Soalan : 

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Saya ingin bertanya mengenai tempoh percubaan bagi SBPA

29. Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya kecuali bagi PPP Pengurusan Tertinggi, pegawai hanya perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan.


SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Tempoh Percubaan
85. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, PPP yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. PPP boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.
-- 

Adakah perkara 29 iaitu tempoh percubaan dan program transformasi minda dikenakan keatas penjawat awam yg telah dilantik dan disahkan dalam jawatan dibawah skim SSM atau hanya untuk penjawat awam yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012

Sekian, terima kasih

Jawapan JPA :

Tuan,
Untuk makluman, tempoh percubaan 6 hingga 24 bulan dan PTM adalah terpakai kepada pegawai lantikan baru mulai 1.1.2012 dan tidak terpakai kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
Sekian, terima kasih.

(sila sertakan link ke blog ini apabila anda copy sebarang bahan)

Perubahan kenaikan gaji tahunan

Soalan :
Assalamualaikum.salam sejahtera.
Tuan . saya ingin bertanya,
1.dalam pekeliling sbpa tertulis tarikh perubahan gaji kekal..tetapi kenapa dalam jadual pemindahan gaji,terdapat pegawai awam yg berubah bulan kenaikan gaji.ada yg dari januari pergi ke april?
2. jika saya memilih bersara 60 tahun,tetapi pada umur 56 saya ingin bersara,adakah saya akan mendapat pencen dan ganjaran pada umur bersara 56? atau hanya mendapat pencen dan ganjaran pada umur 60 tahun.
sekian, terima kasih


Jawapan JPA :



Tuan,

Soalan 1:
Sebagai makluman, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan di bawah SBPA adalah kekal kecuali dalam keadaan seperti yang dijelaskan di perenggan 38 iaitu pegawai yang berada di mata gaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari atau pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada 2 atau lebih matagaji JGM kepada 1 matagaji baru yang sama di JGS (bracketing). TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru. Penetapan TPG di bawah SBPA di Lampiran C4 PP11/2011 adalah teratur.  
Sekian, terima kasih.
Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam

Soalan 2.. Sila rujuk posting sebelum ini.

(sila kreditkan kepada blog ini, sertakan link ke blog ini apabila anda copy sebarang bahan)

Pencen dan Ganjaran

SOALAN :
Assalamualaikum,salam sejahtera.
Saya ingin bertanya mengenai persaraan awal.
1.  Jika saya memilih umur bersara paksa pada umur 60 tahun,tetapi  pada umur 56 tahun saya ingin bersara atas sebab sebab bukan kesihatan. Adakah saya akan menerima pencen dan ganjaran pada umur 56 atau hanya akan menerima pencen dan ganjaran semasa umur saya 60 tahun?.
2. Jika saya memilih kekal bersara pada umur 56, tetapi semasa umur 55 saya ingin bersara atas sebab bukan kesihatan, adakah saya menerima pencen dan ganjaran pada umur 55 atau hanya menerima pencen dan ganjaran  pada umur 56.
Sekian, terima kasih.

JAWAPAN JPA :

Waalaikumsalam WBT,
Untuk makluman tuan, dalam konteks persaraan pilihan, terdapat dua keadaan yang mana memberi kesan yang berbeza:
Bagi penjawat awam yang memilih umur ersaraan wajib 55, 56,58 atau 60 tahun:
1. Pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991
- Seseorang pegawai yang dilantik dalam tempoh tersebut boleh bersara pilihan dengan:
  a. Ganran persaraan serta GCR diterima pada tarikh persaraan pilihan tersebut
  b. Pencen bulanan bermula pada umur 50 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi perempuan.
2. Pegawai yang dilantik pada dan  selepas 12 April 1991
- Pegawai yang memohn bersara pilihan akan menerima ganjaran persaraan serta GCR pada tarikh persaraan pilihan tersebut manakala pencen bulanan akan bermula pada usia 55 tahun.
* opsyen umur persaraan paksa tidak memberi apa-apa kesan terhadap bilakah pencen bulanan sekiranya seseorang pegawai tersebut bersara pilihan..
Sekian, terima kasih.

(boleh copy bahan2 di blog saya ini dengan SYARAT , Kreditkan kepada blog ini, dengan menyertakan alamat blog)

Jawapan JPA berkaitan perubahan pergerakan tangga gaji

Tuan,

Soalan 1:
Sebagai makluman, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan di bawah SBPA adalah kekal kecuali dalam keadaan seperti yang dijelaskan di perenggan 38 iaitu pegawai yang berada di mata gaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari atau pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada 2 atau lebih matagaji JGM kepada 1 matagaji baru yang sama di JGS (bracketing). TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru. Penetapan TPG di bawah SBPA di Lampiran C4 PP11/2011 adalah teratur.  
 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadi sesiapa yang ada kemusykilan berkaitan pergerakan tangga gaji, diharapkan maklumat dari JPA ini telah menjawab persoalan anda..

Sunday, September 18, 2011

Perubahan URL

Assalamualaikum, Lama saya tidak mengemaskini @ update entry blog saya ini..Terlalu sibuk dengan UPSR, kini UPSR sudah berlalu, kini saya akan sibuk dengan tugasan tugasan serta laporan amali.. kerana saya skrg sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia... namun disini saya hanya ingin memaklumkan perubahan URL saya dari teratak-guru kepada http://cikgusahrir.blogspot.com/  semoga kita dapat berkongsi ilmu disini..Terima kasih

Tuesday, June 21, 2011

UPSR adakah anda bersedia

UPSR : Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah

UPSR tinggal beberapa bulan sahaja lagi... sudahkah anda bersedia?

Monday, May 16, 2011

Hadiah Sempena Hari Guru 2011

Alhamdulillah, kerajaan telah mengumumkan beberapa penambahbaikan pada sistem pendidikan, dengan adanya sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi dan juga tawaran new deal.

Sempena hari guru 2011 kerajaan juga telah mengumumkan 5 kaedah kenaikan pangkat buat warga guru.
Kaedah ini kan berkuatkuasa mulai 1 januari 2011.

Walaupun nikmat ini tidaklah menyeluruh, namun semua guru berpeluang jika berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai laluan yang disarankan, samaada melalui laluan guru cemerlang atau laluan pentadbiran.

Apapun, tepuk dada,tanya selera, jika kita rasa kita ingin mengambil peluang ini untuk menikmati laluan yang cemerlang dalam dunia pendidikan, kita boleh memilih laluan GC atau laluan pentadbiran..Jika kita masih duduk ditakuk lama, dan hanya ingin menjadi guru yang biasa, itu adalah jalan yang kita pilih..janganlah mengeluh atas apa yang kita telah pilih....

SELAMAT HARI GURU 2011

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik
Tak kira dimana sahaja anda bertugas menabur bakti..

Buat anak anak murid ku.. Sila simpan semua duit anda itu.. Cikgu tidak memerlukan hadiah dari anda..Hadiah terbaik buat diri ini, adalah anda mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan penilaian..itu adalah hadiah yang sangat berharga buat cikgu...

Kepada rakan rakan lama..selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan Selamat Hari Guru...

Thursday, May 12, 2011

CEUPACS: timbang sekali lagi naik usia persaraan

CEUPACS: timbang sekali lagi naik usia persaraan

12/05/2011 6:58pm

KUALA TERENGGANU 12 Mei — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.
"Seperti negara maju yang lain, umur persaraan penjawat awam mereka antara 60 hingga 62 tahun dan kita hanya sembilan tahun lagi hendak mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Jadi wajarlah kerajaan mempertimbangkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.
Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada kesihatan pekerja berkenaan iaitu mestilah mempunyai penglihatan, pendengaran, pemikiran serta fizikal yang baik untuk dipertimbangkan dilanjutkan umur persaraan mereka. — Bernama

Sumber Utusan Malaysia

** Saya isi bersara umur 56 sahaja..hehe.. itu pun x tau lagi sempat x nak bersara umur tu...

Monday, May 9, 2011

Penulisan Sasaran Kerja Tahunan(SKT)

Apakah itu SKT, SKT merujuk kepada Sasaran Kerja Tahunan, iaitu penulisan sasaran bagi tahun semasa.
Kakitangan kerajaan dikehendaki mengisi borang SKT dan menyerahkan untuk penilaian oleh ketua jabatan. Tetapi bagi para guru, kita mempunyai sedikit kelainan dalam penulisan SKT.

Penulisan SKT bagi guru sekolah dikecualikan, dan guru akan dinilai menerusi Buku Rancangan Mengajar. Pihak BPSM,KPM telah mengedarkan semula Surat Pekeliling KPM bertarikh 11 Oktober 2003, kepada semua ketua jabatan pada 2 Ogos 2010 berkaitan pengecualian penulisan SKT khas untuk guru yang mengajar di bilik darjah/kelas. Guru berkenaan boleh menggunakan Buku Rancangan Mengajar sebagai ganti borang SKT, tetapi pengecualian ini tidak termasuk Guru Kaunselor yang tidak banyak tertumpu tugasan mereka di bilik darjah.

Ini bermaksud tiada paksaan dalam menulis borang SKT dan ini juga sepatutnya bermaksud Guru berkenaan hendaklah dinilai berdasarkan Buku Rancangan Mengajar..Sebenarnya arahan ini sudah lama dikeluarkan, tetapi ianya dipendam dan disimpan oleh KJ atas beberapa alasan..

*** Kesimpulannya, adakah penilaian yang dilakukan menerusi borang SKT sebelum ini dan selepas ini sah?
*** Saya dimaklumkan, sepatutnya sebelum markah prestasi diberikan, PYD @Pegawai yg dinilai sepatutnya dipanggil oleh pegawai penilai untuk persetujuan jumlah markah yang diberi..

Friday, May 6, 2011

Mulut Berbau!!!!

Assalamualaikum, Jumaat malam sabtu..dah lama saya tak menulis sesuatu di blog ni, bukan tiada isu isu terkini dunia pendidikan, tetapi akibat kekangan masa dan tumpuan untuk mengajar pelajar dengan teknik menjawab bahagian B UPSR..urmmm tapi bila selesai ujian pengesanan, hampa juga harapan saya.... apa yg saya ajar, dari latihan, nota, power point, sesi bimbingan, semua gagal....

Tapi saya tak mau bercakap panjang lebar tentang itu, saya ingin menulis tentang sesuatu yang menghantui kebanyakan org yg berada berhampiran dengan org yang mengalami masalah ini.. Tuan empunya diri, jarang dapat mengesan masalah ini, biasanya org yg berada berhampiran yang akan merasai akibat ini... Masalah apa? MULUT BERBAU... huhh... sebenarnya saya sendiri pernah mengalami masalah ini, tetapi ada cara mengesannya, BAGAIMANA, ambil jari anda, sapukan ke lidah, dan biarkan seketika, selepas itu cuba bau... jika ada bau yg sukar utk ditahan, ianya menunjukkan anda mengalami masalah mulut berbau..BUKAN MULUT LONGKANG.hak hak hak.tapi masalah mulut berbau...kenapa tiba2 saya terlintas nak menulis mengenai perkara ini, ini kerana solat jumaat saya tghhari tadi terganggu dengan bau yg tidak menyenangkan dari insan disebelah saya...saya terganggu sampai la ucapan salam, nasihat saya kepada semua, silalah check masalah anda, kerana kita x sedar masalah itu berlaku, bagaimana, cara utk memeriksa jika anda mengalami masalah itu atau tidak, saya sudah tuliskan diatas... disini saya lampirkan mengenai masalah ini, yang saya ambil dari satu blog....

Masalah mulut berbau (halitosis)

Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga
yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.

Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat .Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Mulut kering kerana kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
Punca kekurangan air liur
- mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- stress : mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.
2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3. Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5. Mengunyah gula getah tanpa gula
JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
- gusi yang bengkak dan merah
- gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- gusi yang sakit
- nanah keluar dari gusi yang bengkak
- gigi bergoyang
- gigi sensitif
- sakit pada gigi ketika mengunyah
- terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Selamat mencuba…

Petikan dari : http://drleen.wordpress.com/

Opsss : jangan lupa check mulut anda sekarang..kita x sedar, tapi ianya mengganggu org disebelah kita....

Thursday, May 5, 2011

Antara Menjadi Profesional dan Mengamalkan Sikap Profesionalisma

Isu isu isu... Sebenarnya tiada apa apa isu pun, cuma ingin membincangkan sedikit tentang menjadi profesional dan bersikap profesional...

Apa beza antara keduanya?

Jom kita debatkan disini...

Ganjaran guru besar bulan depan

Oleh Amirullah Andi Nur
Pendidik cemerlang diiktiraf
MERLIMAU: Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.
Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.
Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.
Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis penyampaian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, semalam. 
Beliau mengumumkan ganjaran diberi kepada pengetua dan guru sekolah menengah selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan bulan depan.
“Pencapaian sebenar di luar jangkaan kerana sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran bagi penilaian 2010 adalah dua peratus. Peningkatan antara lain disebabkan peningkatan kualiti kepemimpinan dan tahap pengajaran serta pembelajaran guru
“Berdasarkan verifikasi, guru sekolah yang memenuhi semua kriteria untuk menerima ganjaran adalah 7.7 peratus, bertambah lebih 300 peratus berbanding sasaran awal,” katanya yang turut merasmikan sekolah bernilai RM28 juta itu. 
Anugerah Tawaran Baru adalah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun ini di bawah NKRA Pendidikan bagi memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah.
Daripada 586 sekolah terpilih, 437 atau 74.32 peratus adalah sekolah luar bandar, selain Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli, SK Khas dan Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Muhyiddin berkata, sekolah dalam kelompok pertengahan atau gagal menepati sasaran skor komposit 84 peratus atau mengalami lonjakan dari aspek kedudukan tidak akan diabaikan. 

Rexona Men Adventure Challenge. The Marathon with a Twist!

Experience an 8.3KM obstacle run designed only for the toughest men this 23rd July at Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. Win prizes up to RM30,000 including a trip to New Zealand! Registration period begins 1st May till 23rd June 2011. Enjoy special rates if you register now or receive discounts for group sign ups. Normal entry price is at RM30 per person. Get your adrenaline pumping, take on the Rexona Men Adventure Challenge now!

>>>>> REXONA <<<<<<<

Sunday, April 10, 2011

60,000 guru ijazah 2015


40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan 
KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai Mac. Mereka akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian. 
Guru yang mengikuti PPG katanya, diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan. 
“PPG yang dilaksana pada RMKe-10 adalah penerus kepada dasar latihan keguruan yang dirancang sebelum ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dipelajari untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran. 
“Program ini sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89 peratus kini kepada 90 peratus menjelang 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar semasa 28 peratus ditingkatkan kepada 60 peratus bagi tempoh sama. 
“PPG diiklankan sejak 21 November lalu dan sambutan menggalakkan. Setakat ini, kira-kira 20,000 permohonan diterima sepanjang tempoh sebulan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini. 
Mohd Ghazali berkata, lima syarat utama ditetapkan iaitu pemegang status warganegara, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang disahkan dalam jawatan. 
Katanya, kakitangan dalam perkhidmatan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah bantuan kerajaan kelolaan kementerian, juga layak memohon. 
Umur pemohon tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac tahun depan selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. Pemohon juga tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan menerusi tajaan Kementerian Pelajaran. 
Katanya, permohonan PPG secara dalam talian menerusi laman web www.moe.gov.my dan menggunakan e-perkhidmatan Kementerian Pelajaran. 
Bagi guru di kawasan pedalaman, kementerian memberi kelonggaran dengan membenarkan mereka mereka mendaftar secara manual menerusi JPN atau PPD berhampiran. 
“Permohonan secara dalam talian masih dibuka hingga hari ini (22 Disember ini). Urusan sokongan Pengetua/Guru Besar pada 25 Disember hingga 7 Januari depan dan pengesahan daripada JPN pada 8 Januari hingga 14 Januari depan. 
“Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada 15 Februari sebelum mendaftar pada 12 Mac,” katanya

sumber : kppk

Kursus Kenegaraan dimansuh


Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipertimbang anjakan gaji 
KUALA LUMPUR: Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.
Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK. 
Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011. 
Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan. 
“Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya. 
Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan. 
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan. 
Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji. 
sumber : nutp

Pendidik mesti jujur bertugas'


Pendidik mesti jujur bertugas'

2011/04/10

TANAH MERAH: Segelintir daripada 40,000 penjawat awam yang terbabit dalam sektor pendidikan di negeri ini dikesan gagal melaksanakan amanah diberikan kepada mereka. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), berkata beliau kesal kerana masih ada yang mengkritik kerajaan, tanpa mengutamakan amanah diberikan.
Katanya, penjawat awam harus sedar mereka sebenarnya menggunakan duit rakyat untuk pembayaran gaji selain sebagai pemegang amanah terutama dalam menghasilkan modal insan berguna kepada agama, masyarakat serta negara.

“Kumpulan penjawat awam terbesar di negeri ini terbabit dalam sektor pendidikan dan mereka perlu amanah dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan walaupun segelintirnya menentang kerajaan (Pusat). 

“Saya minta penjawat awam tidak mengkhianati amanah kerajaan kerana ia bertujuan mendidik anak bangsa oleh itu mereka perlu fahami dasar kerajaan serta menyokongnya,” katanya. 

Beliau berucap pada majlis Taklimat Keselamatan dan Penjelasan Isu Keselamatan Negara kepada 1,000 warga pendidik negeri ini di Pusat Dakwah Jeli, Bukit Nangka, semalam. 

Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, menasihatkan warga pendidik supaya tidak fanatik terhadap isu tertentu terutama membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Katanya, sebagai seorang pendidik, mereka perlu membuat pertimbangan rasional dalam memilih pemimpin masa depan bagi memastikan bukan saja negara maju, malah pembangunan modal insan rancak berkembang. 

“Anwar bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri dan beliau seharusnya mempunyai akhlak yang baik selain tidak dibelenggu d pelbagai kontroversi. Orang seperti ini sukar menjadi pemimpin, kalau berjaya pun, akan menjadi pemimpin yang lemah,” katanya. 

sumber : berita harian

Tuesday, March 29, 2011

Madu rahsia pelajar cemerlang SPM

PASIR MAS 24 Mac - Amalan mengambil sesudu madu asli setiap pagi dan membaca al-Quran untuk merangsang perkembangan otak membuahkan hasil apabila Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dinobatkan antara enam pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Kelantan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati yang memperoleh 11A+ itu memberitahu, sejak kecil ibunya, Aizan Omar, 60, dan ayahnya Mohd. Zain Abd. Kadir, 61, pesara doktor haiwan membiasakannya mengambil sesudu madu asli serta buah-buahan setiap hari.
Katanya, dia kurang menggemari makanan berat seperti nasi berlauk untuk merangsang perkembangan otak.
Berkongsi kejayaannya, anak bongsu dari empat beradik itu memberitahu, dia belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan di sekolah dan memperuntukan enam jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.
"Saya tetap menonton televisyen tetapi pada kadar minimum iaitu lebih kepada program dokumentari. Saya juga melayari Facebook untuk mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan tetapi membataskannya untuk mengelak masa terbuang," ujarnya yang memegang jawatan Ketua Murid dan Ketua Pengawas di sekolahnya di sini semalam.
Muhamad Izzat Syameer memperoleh A+ dalam 11 subjek yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Sejarah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.
Berbeza dengan seorang lagi pelajar cemerlang SPM peringkat negeri, Salina A/P Sanguan, 17, pelajar berketurunan Siam yang memperoleh 10A+ itu memilih mengulang kaji pelajaran dengan ditemani alunan radio dan televisyen.
"Saya tidak mempunyai jadual khas untuk belajar sebaliknya mengulangkaji pelajaran mengikut mood. Bagaimanapun, saya lebih fokus ketika berada di dalam kelas," kata pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (1), Pasir Mas.
Salina memperoleh A+ bagi semua subjek yang didudukinya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Fizik, Kimia dan Biologi.

sumber : utusan

Sunday, March 27, 2011

Petikan Ucapan YAB PM

Cebisan Ucapan
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12
22 Mac 2011
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Petikan kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri ialah:
1.     Pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP
“Tuan-tuan dan puan-puan sebagai tanda penghargaan kepada para penjawat awam yang telah berjasa, kerajaan dengan ini membuat keputusan bahawa berkuat kuasa mulai tarikh semasa pesara skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Seksyen 6A(6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan pesara layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma.Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah bersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.”



2.  Pemansuhan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk persaraan pilihan sendiri
“Di samping itu berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuat kuasa mulai tarikh semasa juga ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk semua.” 


Sumber : JPA.GOV.MY


Ucapan terima kasih dari kami warga Kakitangan Awam diatas keperihatinan YAB PM Malaysia...

Wednesday, March 23, 2011

30,000 guru ikuti program pengsiswazahan

KOTA BHARU 13 Mac - Seramai 30,000 guru mendaftar di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh negara bermula hari ini bagi mengikuti program khas Sarjana Muda Pengajaran iaitu program pengsiswazahan guru yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, program tersebut diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.
Katanya, ia merupakan pelan jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan perbelanjaan mencecah RM1.4 bilion.
"Ini adalah program untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sektor perguruan di mana guru-guru ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun di institusi masing-masing dalam bidang sarjana.
"Buat masa ini, seramai 89 peratus guru sekolah menengah sudah mempunyai ijazah, manakala 28 peratus di sekolah rendah, tetapi menjelang 2015, kita mahu jumlah itu meningkat kepada masing-masing 90 dan 60 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pendaftaran Sarjana Muda Pengajaran Ambilan 2011, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Maktab Sultan Ismail di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan OUM, Profesor Dr. Mansor Fadzil.
Mohd. Ghazali berkata, seramai kira-kira 30,000 guru lagi akan menyertai program tersebut pada tahun depan dengan kos termasuk yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Katanya, sistem pembelajaran akan dibuat secara pendidikan jarak jauh (PJJ) untuk memastikan guru terlibat dapat memberi tumpuan seratus peratus kepada tugas hakiki mereka di sekolah.
"Langkah ini adalah platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan, kerana hanya guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.
"Selain itu, kebajikan guru-guru juga diambil kira di mana selepas memiliki ijazah, gaji mereka akan dinaikkan secara automatik mengikut tahap pendidikan masing-masing," jelasnya.
Sementara itu, OUM mengambil seramai 5,685 guru ke program tersebut di 20 cawangannya di seluruh negara.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti program tersebut selama empat tahun membabitkan 12 semester yang akan berakhir pada Disember 2014.
Universiti itu menawarkan sebanyak 11 bidang pengajian iaitu pra sekolah, pendidikan Islam, bahasa Melayu, bahasa Cina, kemahiran hidup, matematik, muzik, pendidikan jasmani, pendidikan khas, pendidikan seni visual dan sains.

Sumber : utusan

Generasi baru perguruan

Graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang kini telah mula berkhidmat sebagai pendidik diharap dapat membawa perubahan serta menjadi sebahagian daripada pemacu kepada kegemilangan pendidikan di negara ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kemenjadian guru keluaran sulung yang dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) ini akan menjadi penanda aras untuk dinilai oleh masyarakat dalam memberikan kepercayaan mereka terhadap tugas yang akan dilaksanakan oleh para graduan.
"Gunakanlah pemikiran kritis dan kreatif yang diperoleh semasa pembelajaran di bilik kuliah atau semasa menimba pengalaman dalam pelbagai aktiviti luar kampus seperti praktikum dan pengalaman berasaskan sekolah untuk dicurahkan kepada anak didik masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Keempat Majlis Konvokesyen PISMP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, baru-baru ini.
PISMP yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) pada 2007 itu melibatkan seramai 1,987 pelajar yang ditempatkan di 27 buah IPG seluruh negara dan kumpulan pertama ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada November 2010.
Kesemua graduan ini telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bermula pada 7 Februari lalu.
Menurut Abdul Ghafar, pendidik dan pendidikan amat perlu serta relevan sepanjang masa kerana ia elemen utama untuk membina dan membentuk kemanusiaan.
"Guru seperti para graduan hari ini perlu mempertingkat dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik seperti memahami konsep pengetahuan kandungan pedagogi.
"Semua guru hendaklah sentiasa siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni pengajaran dan juga pengetahuan kandungan serta perlu mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan jika terdapat kekurangan," katanya.
Beliau memberitahu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi seseorang guru amat penting bagi mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka.
"Para guru perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan bertambah serta disesuaikan dengan perubahan semasa dan persekitaran.
"Jika usaha tidak dibuat untuk bergerak serentak dengan perkembangan ilmu, maka para guru akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia.
"Oleh itu, diharap agar semua guru yang telah lulus pengajian di IPG tidak merasakan mereka telah mempunyai ilmu yang cukup sebaliknya terus meneroka ilmu dan pengalaman bagi memastikan diri sentiasa kemas kini dengan perkembangan serta teknik menyampaikan ilmu," jelasnyanya.
Terangnya lagi, cabaran guru pada masa kini lebih berat berbanding dahulu di mana guru hanya mengajar tulis baca bagi mengatasi masalah buta huruf.
"Masyarakat kini memerlukan guru yang lebih berkualiti tinggi dari sudut keilmuan dan sahsiah, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
"Saya amat yakin bahawa guru mempunyai keupayaan untuk membentuk personaliti kukuh di kalangan muridnya ditambah dengan bentuk latihan persediaan yang diterima sebelum menyertai PISMP ini," ujarnya.
Hal ini, jelasnya, dibuktikan oleh inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian murid sekolah kebangsaan tahun lalu.

Sumber : utusan

Tuesday, March 1, 2011

Sekolah satu sesi sesuai dengan negara - Muhyiddin

TEMERLOH 1 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Walaupun baik, tapi untuk mencapai sasaran itu ianya melibatkan pelbagai perkara, infrastruktur, tenaga pengajar dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, hari ini.
Beliau berkatam objektif kerajaan ialah untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi supaya aktiviti kokurikulum dapat diadakan pada waktu petang. Bernama

Monday, February 28, 2011

Jadual Anjal

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksanakan waktu persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tidak menanggung beban kerja berlebihan. 

Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata jadual persekolahan selama lapan jam itu dapat memenuhi waktu harian pelajar secara berkualiti, selain mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

Melalui pelaksanaan itu, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, pentadbiran sekolah boleh menyusun pelbagai aktiviti berfaedah untuk mengisi jadual waktu petang setiap hari tanpa membebankan pelajar dengan pembelajaran akademik semata-mata.“Antaranya, pelajar boleh menjalani aktiviti sukan dan kokurikulum, menyiapkan kerja rumah di bawah bimbingan dan pemantauan guru, mengikuti kelas tambahan bagi melonjakkan prestasi pencapaian mereka atau memasuki kelas pemulihan untuk mereka yang memerlukan bantuan. 

“Malah, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti kemahiran menarik pada sebelah petang seperti kelas seni untuk pelajar dalam aliran sains bagi menggalakkan lagi daya kreativiti. 

“Dari segi jadual kerja anjal untuk guru, disarankan sebahagian daripada mereka bertugas mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bakinya dari jam 11 pagi hingga 4 petang ,” katanya selepas menghadiri Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini, semalam. 

Abdul Rahman berkata, 70 peratus sekolah di negara ini sudah menjalankan sekolah satu sesi tetapi waktu persekolahan hanya dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari menyebabkan ada pelajar mengambil kesempatan ruang masa selepas itu terjebak dengan gejala sosial kerana ibu bapa bekerja. 
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya guru permulaan diberi tempoh percubaan selama enam bulan di sekolah bagi memastikan kesesuaian sebenar mereka untuk menjadi pendidik dan jika tidak, wajar dicadangkan mereka mencari kerja lain. 



Sumber : Berita Harian..


Cadangan yang menarik... tapi ada pro dan kontra, bagaimana dengan sekolah Agama waktu petang?sekolah 2 sesi bagaimana? adakah perlu lagi kurikulum@program pada hari sabtu? tujuan dilaksanakan? Jom kita komen...

11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin

X tau nak cakap apa.... apapun nasihat saya kepada rakan2..jgn sentuh pelajar... zaman sekarang bahaya....

2011/02/28

Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan

KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.

Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas.Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.

Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.

Katanya, berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.

“Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tetap tidak berhasil. 
“Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,” katanya semalam.
Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.


Sumber : Berita Harian..

New Deal..Baiah... Tahniah kepada sekolah yg berjaya...

Tahniah kepada Sekolah yang berjaya..


Berita gembira juga buat warga bukan guru ...anda juga akan menerima bahagian..tahniah atas perjuangan kesatuan.... Hujung tahun jangan lupa bonus untuk kami yg tak terima dan lain2 kakitangan awam k..hehe...



586 guru besar dapat ganjaran RM7,500 seorang

28/02/2011 2:41pm




JASIN 28 Feb. - Seramai 586 guru besar hari ini menerima ganjaran RM7,500 seorang bagi anugerah tawaran baru berikutan pencapaian prestasi yang memberangsangkan.
Mereka menerima ganjaran itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, di sini pagi ini. -

 Utusan

Saturday, February 26, 2011

Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipertimbang anjakan gaji

Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipertimbang anjakan gaji

KUALA LUMPUR: Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.
Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK.

Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011.

Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan.

“Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.
Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji.

Sumber : Berita Harian

Rujukan :

JPA Surat Edaran
Surat Edaran Pdf

Dalam tu tulis TK1..Yang TK2 dgn TK 3 macammana?

Thursday, February 24, 2011

Isu Kenaikan Gaji & BTN

Assalamualaikum..

Lama saya tak update blog... bukan apa busy skit dengan tugasan dan menjaga anak... Sekarang pula tgh nak mulakan PEKA...

Sebelum ni rasanya anda semua telah pun membaca entri saya mengenai isu kenaikan gaji & sijil BTN....

Iaitu, untuk naik ke P2 atau P3, memerlukan sijil BTN..

Hari ini saya telah membuat panggilan ke KPPK @ NUTP untuk bertanya mengenai perkara ini. Pegawai yang menjaga bahagian ini, telah menjawab permasalahan saya..

Baiklah.... saya dimaklumkan bahawa kenaikan P1 ke P2 atau P2 ke P3, tidak memerlukan sijil BTN... kecuali jika lantikan saya selepas 1 Januari 2005 atau saya belum lagi menerima pengesahan dalam jawatan...

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut..sila hubungi KPPK dimana anda mendaftar sebagai ahli...

Monday, February 21, 2011

Reza Salleh

Assalamualaikum...


Hari ni saya tak nak cerita tentang pendidikan..pasti ada yg dah bosan dengar..Hari ni nak cerita tentang lagu pula... Pernah dengar tak seorang penyanyi yang bernama REZA SALLEH?




Ok kat bawah ni serba sedikit tentang siapa Reza Salleh..


Tapi cakap banyak pun tak guna..cuba dengar dulu lagu2 dia kat web ni...


Pautan web :   >>>>>  Reza Salleh  <<<<<<<


Saya punya pendapat..lagu2 dia memang best, lain dari yang lain..muzik dia pun happening... x rugi membeli...



It’s all about the music for Reza Salleh. Whether he is onstage performing or at front-of-house managing a gig, Reza is in it to enrich Malaysia’s music scene. True to his generation, Reza is progressive, bold and proactive.
As a budding singer-songwriter during his college days in Melbourne, Australia, Reza would rise above his fears and perform his music at live shows where critical audiences can be wittingly fierce with their judgement. That fellow Malaysian students who were in Melbourne at the time would testify that “even Aussie kids knew the lyrics to his songs” suggests real talent and an innate skill for showmanship in Reza Salleh. Years later in Kuala Lumpur, he would be one of the top names in the independent singer–songwriter scene.
Reza’s early song–writing days were inspired by popular grunge and alternative rock bands like Nirvana and Rage Against the Machine, and the vocal styles of African-American artists. And perhaps due to the combination of inherent stubbornness and love for all kinds of music, the music he produced was not limited to any particular genre or tone. His inaugural album, Realize, captures perfectly his musical range and adaptability. With punchy rock ensembles and acoustic bossa nova lining his track list, it would be difficult to pin him down to a particular genre. Though this may frustrate some straight–jacket listeners, Reza’s ability to swing between genres is an invaluable asset for any young musician catering to an increasingly diverse audience that is constantly on the lookout for new sounds.
And Reza knows the audience. Upon his return to Malaysia after graduating with a Bachelor’s degree in Business Systems at Monash University, Reza founded an independent singer–songwriter music circuit called Moonshine. Today it is touted as one of the most recognized live music circuit in the Klang Valley, drawing crowds even on Monday nights when venues otherwise would be sombre. After 5 years of staging shows under Moonshine, Reza has mastered the taste of the city’s live music audience and have engaged their support for local independent acts.
Moonshine was founded in November 2005 out of a young man’s frustration of not being able to get booked for shows and sustain a meaningful life through music. Reza was quick to realize that being an independent musician in Malaysia was tough and within a year upon his return from university, he established Moonshine. Although he came home to pursue his own dream of becoming a successful singer–songwriter, the creation of Moonshine was driven by a newfound desire to help and unite other independent acts going through the same difficulties. And so with his guitar still strapped on his back, Reza took on the role and responsibilities of a music booking agent for live performances in the Klang Valley. The early days of Moonshine in fact saw more performances by fellow independent singer–songwriters than Reza himself.
“It is not too bad being back again, in this land where it all began,” he sings in his song Smoke City. The Moonshine initiative paid off. It is today a major contributor to the city’s vibrant live music scene constantly featuring new independent acts and drawing new fans. In just five years it has helped give rise to some of today’s popular artists like Yuna, Najwa and Liyana Fizi. But the struggle must go on for Reza. Access to airtime, distribution of music and quality of sound are among the issues he has taken up as part of a personal cause to help enhance the independent music scene in Malaysia.
Reza’s inaugural album, Realize, which compiles original music written over ten years of his song–writing career, is a tribute to fellow independent musicians who have taken the risk of leaving their “desk jobs” to pursue their dreams – and to those who are considering it.”

Saturday, February 19, 2011

Penghantaran guru Semenanjung ke Sabah, Sarawak diteruskan

BESUT 19 Feb. - Kerajaan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di dua negeri berkenaan dapat diatasi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Tuesday, February 15, 2011

Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Buat Hal?


LPT jadi medan lumba motosikal berkuasa besar

2011/02/15

SAYA adalah seorang daripada puluhan ribu pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) iaitu bermula dari Tol Gombak sehingga Tol Kuantan. 

Saya ingin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap biadap dan kurang rasa hormat kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melalui sepanjang lebuh raya berkenaan.
Ini kerana mereka menggunakan jalan ini sebagai tempat untuk berlumba sesama mereka.
Mereka menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama pengguna kereta. 

Saya melalui pengalaman hampir dilanggar oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sebanyak tiga kali. Ini kerana setiap kali mereka berada di belakang kenderaan lain, mereka akan mencelah di antara kenderaan terutama kereta. 

Sikap ini menyebabkan pemandu kereta akan terkejut dan boleh mengundang kemalangan. Boleh dikatakan pada setiap minggu berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal ini. Apa yang membimbangkan sikap mereka yang begitu angkuh semasa menunggang dan menggunakan laluan kanan sepanjang masa boleh mengundang padah kepada pengguna lain. 

Kegiatan mereka boleh dikesan pada setiap Sabtu dan Ahad. 
Mereka akan berlumba untuk cepat sampai dan kadangkala berulang alik dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh masa yang singkat saja. Mungkin mereka berasa puas jika dapat mengatasi rakan lain. 

Aktiviti yang dilakukan oleh mereka pada asalnya untuk bersantai dan melihat keindahan alam mungkin boleh menjejaskan keselamatan pengguna kenderaan lain. 

Diharap masalah ini dapat ditangani dengan segera. Diharap kami juga mendapat keadilan sewajarnya. 
PEMANDU KERETA BURUK, 
Bukit Tinggi, Bentong.



Sumber : Berita Harian 15/2/2011

Komen Saya : Pendapat saya pula berlainan, kenapa ianya terjadi kerana pemilik kenderaan @ kereta tidak pandai menghormati pengguna lain, kerana pengalaman saya sendiri semasa menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, saya dapati pemandu kereta tanpa memberi isyarat akan terus masuk ke lorong laju, tanpa mempedulikan saya yg sedang memecut di lorong kanan, yg membuatkan saya terpaksa mencelah di lorong kiri untuk mengelakkan dari melanggar kereta tersebut.. Ini banyak kali berlaku..dan satu lagi ialah, kenderaan lebar dan juga kereta memandu dengan perlahan membuatkan saya terpaksa mencelah kerana mereka langsung tidak memperdulikan pengguna lain yang berada di lorong kanan... Saya yang pernah menggunakan motrosikal dari 100cc hingga 1100 cc dan telah beribu2 KM berada diatas jalanraya sangat faham dgn sesetengah pemandu kereta ... mereka beranggapan mereka membayar TOL dan mereka ada hak atas lebuhraya.. Saya juga pemandu kereta dan saya tidak pernah marah dengan penunggang motorsikal yg memecut di lebuhraya, kerana saya faham dan saya akan sentiasa memberi ruang kepada mereka utk memotong, kerana saya faham kuasa dua roda mereka lebih bertenaga dari saya.. Apa salahnya berikan mereka laluan jika nampak penunggang motorsikal berkuasa tinggi berada di belakang, jangan berlagak kerana anda ada kereta dan anda terus berada di lorong kanan..bila mencelah anda marah, tapi anda x pernah hiraukan perasaan kenderaan lain dibelakang...



Honda GoldWing
Motor Idamanku...Inilah lagenda dunia permotoran..