Ini bukan gambar Sabah..tapi pemandangan dari tingkat atas sekolah saya...
tiada kaitan dengan artikel diatas
Mari kita lihat dan teliti 2 komen ini mengenai dakwaan Mokhtar Sabah...
SIASAT DAKWAAN MOKHTAR SABAH!
SAYA terpanggil untuk memberi reaksi tulisan Mokhtar Sabah dalam Forum Utusan Malaysia, 8 Februari 2011 dan menyokong tulisan Guru Tua dalam ruangan yang sama, bertarikh 10 Februari 2011.Saya tertanya-tanya adakah betul Mokhtar Sabah ini seorang guru? Sekiranya apa yang dinyatakannya itu betul, saya cadangkan supaya Ketua Nazir Sekolah Sabah melakukan pemeriksaan terhadap dakwaan ini untuk ‘membersihkan’ keadaan yang didakwa itu termasuk cikgu Mokhtar Sabah.
Sebagai bekas Nazir Sekolah Sabah, apa yang didakwa oleh Mokhtar Sabah tidak benar. Tiada guru mengajar enam waktu seminggu! Pengalaman sebagai nazir melakukan pemeriksaan di sekolah menengah dan rendah di seluruh Sabah, tiada kes seperti ini. Saya amat meragui kenyataan Mokhtar Sabah. Saudara, jangan cuba menjatuhkan maruah guru-guru di Sabah.
OTHMAN AHMAD
(Bekas Nazir Sabah
Komen kedua.....
MENYANGGAH DAKWAAN CIKGU MOKHTAR
KALAULAH benar seperti yang didakwa Cikgu Mokhtar Sabah bahawa purata guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu, maka memang patut malulah guru yang mengaku terbeban. Tetapi bagaimana pula dengan guru-guru yang mengajar 31 waktu x 30 minit = 930 minit dan 27 waktu x 40 minit = 1080 minit! Mereka patut malu kepada siapa?Bagaimana pula dengan seorang guru memegang jawatan seperti guru kelas, ketua panitia, ahli jawatankuasa kewangan dan pengauditan sekolah, pengurus saham koperasi, ahli jawatankuasa kurikulum sekolah, ahli jawatankuasa pengendalian dan pengurusan PBS peringkat sekolah, guru rumah sukan, ketua guru kelab sukan dan permainan, guru penasihat kelab dan persatuan dan bendahari PIBG dalam masa yang sama.! Adakah guru ini perlu malu kepada Cikgu Mokhtar Sabah! Mengenai tuduhan Cikgu Mokhtar bahawa guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Malah ada dalam kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar.
Kes sedemikian saya tidak pernah temui dan mungkin hanya berlaku di sekolah Cikgu Mokhtar Sabah. Bagi ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mengumpul kekayaan menerusi ceramah sehingga mengabaikan pelajar dan guru sukan yang kaki kelentong seperti yang dimaksudkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah, tepuk dada tanyalah selera kerana masing-masing arif akan halal dan haram duit gaji masing-masing. Yang lebih penting, perkara tersebut yang ditimbulkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah jelas bukan sebahagian daripada beban tugas guru sebagaimana yang sering dirungutkan oleh para guru. Cikgu Mokhtar Sabah walaupun hampir 20 tahun menjadi guru dan pengurus sekolah, sebenarnya masih belum faham akan ‘beban tugas guru’ yang sering menjadi rungutan guru.
Cikgu Mokhtar Sabah harus faham bahawa situasi guru ‘makan angin’ di Sabah tidak boleh disamakan dengan nasib guru ‘tak malu yang terbeban’ di sesetengah sekolah di Semenanjung. Yang merungut ialah guru-guru yang betul-betul ingin menjadi guru tetapi terbeban dengan tugas-tugas bukan P&P terutama tugasan perkeranian! Hakikatnya pengetahuan dan pengalaman Cikgu Mokhtar Sabah hanyalah dalam lingkungan tempurung pendidikan di Sabah atau lebih tepat lagi pengalaman pendidikan Cikgu Mokhtar Sabah lebih menepati konsep ‘melancong sambil mendidik’! Saya ingin menasihati Cikgu Mokhtar Sabah agar melakukan sedikit ‘kerja rumah’ mengenai pendidikan di luar konteks tempurung sekolah Cikgu Mokhtar Sabah sebelum ‘membelah’ sesuatu isu pendidikan agar kredibiliti Cikgu Mokhtar Sabah sebagai seorang pengurus sekolah yang hebat tidak terjejas!
NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah
sumber : utusan malaysia
Komen saya : Saya bersetuju dengan pendapat kedua dua penulis ini...minta siasat siapakah Mokhtar Sabah yang sebenar...
apa pula komen anda?
1 comments:
saya sokong cadangan bekas nazir Sabah tu, Ketua Nazir Sabah.. mohon buat pemantauan di sana. Nampaknya ada sekolah yg tidak diuruskan dengan begitu baik sehingga ada lebihan guru. Jika ada lebihan guru, mohon sokong permohonan guru yang ingin bertukar ke semenanjung kerana di semenanjung, nisbah murid dengan bilangan guru amat kritikal..
abg_my
Post a Comment